Saya bangsa Melayu dan bangga Allah jadikan saya Melayu. Namun jauh tinggi syukur ini justeru Allah berikan iman ke dalam hati, bahawa saya Muslim bersama Islam. Dalam pada itu, saya tidak membenci kaum lain di Malaysia ini, baik Cina, India, Iban, Kadazan atau lain-lain. Semua ada hikmah Allah ciptakan kita pelbagai bangsa.
Mengapa
api-apikan isu perkauman?
Nabi
Muhammad mempunyai jiran orang Yahudi, dan ada orang Yahudi yang memeluk Islam.
Namun pada suatu ketika, Allah perintahkan agar semua Yahudi yang masih degil
dihalau dari Madinah, maka Baginda berbuat demikian.
Baginda
berbuat demikian justeru kaum Yahudi jahat dan suka menyuruh berbuat jahat,
bukannya justeru dia orang Yahudi semata-mata. Bangsa tidak salah. Yang disuruh
benci ialah orang-orang yang memerangi Islam secara nyata.
Bukan bintang yang aku mahu
tidak pangkat yang aku kejar
bukan benci yang aku harap
tidak seranah ingin aku dengar.
Kita sama di sisi Tuhan
Dia melihat bukan pada warna kulit
tapi apa yang ada di dalam hati.
Untuk
sang fakir ini terutamanya. Ada sebuah kisah berkenaan si fulan menghafal
seluruh isi kitab Sahih Bukhari. Namun ulama yang diberitahu akan kebolehan si
fulan itu berkata, "Tanpa amal, tidak ada sesuatu yang lebih baik, kecuali
sekadar tulisan dalam kitab."
0 comments:
Post a Comment