Peluang
untuk mereka yang benar-benar berminat menghasilkan karya kreatif sebagai
medium dakwah telah muncul!
Bengkel
Intensif Penulisan Novel Islami selama 2 hari 1 malam ini dianjurkan oleh
LangitIlahi Consultancy dan Galeri Ilmu Media Grup, untuk memberi peluang
kepada mereka yang ingin menceburkan diri ke medan penulisan, atau mahu
mengasah lagi mata pena agar mampu meningkatkan lagi kualiti penulisan anda
yang sedia ada.
Dengan
barisan penyampai seperti Ummu Hani Abu Hassan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
disertai barisan editor Galeri Ilmu Media Grup seperti Haji Zakaria Sungib, Tuan
Nasri Nasir, dan Tuan Amir Abdul Hamid, ini nyatanya sebuah bengkel intensif
yang dinanti-nanti ramai, insya-Allah.
Selain
penyampaian panel, para peserta juga diberi peluang membentangkan sinopsis
novel mereka kepada para editor untuk dinilai. Jika berjaya, maka usai sahaja
bengkel intensif ini, anda akan terpilih menjadi penulis untuk syarikat Galeri
Ilmu.
Peserta
mestilah membawa sinopsis karya mereka (sinopsis penuh, bab demi bab) ke
bengkel. Jika sinopsis tidak penuh, bakal penulis boleh membawanya sewaktu
bengkel dan akan dibantu oleh editor serta trainer yang berkenaan.
Bengkel
ini akan diadakan pada 22 -23 Jun 2013, di De Palma Hotel, Shah Alam. Yuran
hanya RM750, sekali dengan makan dan penginapan (diwajibkan bermalam). Pendaftaran
boleh dilakukan dengan menghubungi Cik Suriyati di talian 03- 6142 1614.
Tempat
terhad hanya untuk 30 peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang!
TENTATIF
Hari Pertama, 22 Jun 2013
8.00 – 8.45 am: Pendaftaran peserta.
8.45 - 9.00 am: Majlis pembukaan.
9.00 - 10.15 am: Slot 1 - Niat dan Disiplin, Kuasa Penulisan - Tuan Hilal Asyraf.
10.15 - 10.30 am: Minum pagi.
10.30 – 11.15 am: Slot 2 - LDK: Merangka Sinopsis Novel Secara Berkumpulan -
Editor Galeri Ilmu.
11.15 – 11.45 am: Slot 3 - Mind Your Language - Editor Galeri Ilmu.
11.45 am – 1.00 pm: Slot 4 - Menajamkan Pena Seorang Da'ie - Ustaz Hasrizal
Abdul Jamil.
1.00 – 2.00 pm: Solat Zuhur dan makan tengah hari.
2.00 – 3.15 pm: Slot 5 - Interaksi di Medan Siber - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil & Tuan Hilal Asyraf.
3.15 – 4.30 pm: Slot 6 - Proses Berkarya: Dari Sinopsis Kepada Manuskrip - Puan Ummu
Hani Binti Abu Hassan.
4.30 – 5.00 pm: Solat Asar dan minum petang.
7.00 – 8.00 pm: Makan malam, solat Maghrib, tazkirah ringkas.
8.15 – 9.15 pm: Slot 7 - Karya Yang Diterima Editor - Tuan Amir Abdul Hamid
(Editor Novel Galeri Ilmu.)
9.30 pm – 12.00 am: Slot 8 - Pembentangan Sinopsis (1) - Editor-editor Galeri
Ilmu.
Hari Kedua, 23 Jun 2013
6.00 am: Solat Subuh berjemaah, Pengurusan Diri.
7.00 – 8.00 am: Slot 9 - Karya Yang Menarik Pembaca - Tuan Hilal Asyraf.
8.00 – 8.30 am: Sarapan.
8.30 – 10.00 am: Slot 10 - Pembentangan Sinopsis (2) - Editor-editor Galeri Ilmu.
10.00 – 11.00 am: Slot 11 - Mengatasi 10 Halangan Penulis - Tuan Zakaria
Sungib (Ketua Editor Galeri Ilmu).
11.00 – 11.30 am: Minum pagi.
11.30 am – 12.30 pm: Slot 12 - Teknik Menulis Bab Pertama - Tuan Zakaria
Sungib (Ketua Editor Galeri Ilmu).
12.30 – 1.00 pm: Slot 13 - Latihan Menulis Bab Pertama.
1.00 – 2.00 pm: Makan tengah hari dan solat Zuhur.
2.00 – 3.00 pm: Sesi penilaian dan pemilihan sinopsis oleh Editor.
3.00 – 4.00 pm: Majlis penutup dan minum petang, bersurai.
0 comments:
Post a Comment