Saya
terbitkan status di Facebook saya di sini.
Khas
untuk teman-teman non-Muslim. Pohon maaf andai tersinggung terhadap status saya
berkenaan iman dan jihad. Sebagai muslim, saya yakin jihad itu wajib ke atas
setiap orang Islam, paling kurang untuk saya dalam penulisan. Dalam masa yang
sama, Nabi Muhammad mengajar agar jangan ada paksaan dalam menyampaikan dakwah,
yakni secara khusus jangan paksa orang lain memeluk Islam.
Namun yang benar tetap benar, yang batil atau palsu tetap palsu. Iman dan kepercayaan bukan hak kita, penentu segala ialah Allah Azza wa Jalla, Dia yang memberi hidayah. Usaha jihad tetap diteruskan.
Namun yang benar tetap benar, yang batil atau palsu tetap palsu. Iman dan kepercayaan bukan hak kita, penentu segala ialah Allah Azza wa Jalla, Dia yang memberi hidayah. Usaha jihad tetap diteruskan.
Allah ciptakan
manusia pelbagai ras dan warna kulit
serta rencam bahasanya. Justeru untuk apa? Agar kita saling mengenal antara
satu sama lain. Dalam sebuah negara Islam, adalah WAJIB untuk pemerintah dan
penganut Islam agar pertahankan nyawa warga non-Muslim andai mereka diancam
musuh dan tidak memerangi Islam. Wajib maksudnya berdosa sekiranya tidak
memberi bantuan.
Saya Melayu pastinya sayangkan bangsa Melayu itu.
Andai Cina, pasti juga saya sayangkan bangsa leluhur Cina saya. Ambil
pengajaran Sultan Muhammad Al-Fateh, baginda tidak menghukum, menghalau apatah
lagi membunuh penganut Kristian di Konstantinopel. Sebaliknya mereka bebas
amalkan kepercayaan masing-masing, bahkan lebih bebas daripada pemerintahan
maharaja-maharaha Bizantin sebelumnya.
Ambil contoh mudah. Sekiranya saya HANYA diberi dua
pilihan seperti berikut:
(1) Melayu non-Muslim (jika ada) yang berniat
menginiaya bangsa lain;
(2) Cina Muslim yang membantu bangsa lain tanpa
mengira siapa.
Maka saya akan memilih nombor (2), justeru itulah
ajaran Islam. Islam paling depan saya junjung, sementara bangsa tidak
semestinya perlu disokong andai berbuat khianat.
Ayat
lain: Saya bukan kata saya tidak sayang bangsa Melayu. Sayang woo! Saya tidak
kata saya benci bangsa Cina, India, Inggeris, Iban, Kadazan, Afrika, Arab dan
lain-lain. Malah sayang semua bangsa, terutamanya di Malaysia kita ini. Tapi
cinta saya pada
Islam melebihi ras dan merentas negara. Saya benci Yahudi bukan kerana dia
orang Yahudi, tapi justeru majoriti mereka adalah penentang umat Islam dan
menganut fahaman Zionis anutan Dajjal.
3 comments:
Waktu mengaji dulu dengan Tuan Guru katanya dakwah ini wajib bagaimana hendak berdakwah banyak caranya. Kalau mu pandai mengajar mu mengajar, kalau mu pandai bersyarah mu bersyarah kalau mu pandai menulis mu menulis, mengikut kata kata Nabi sampaikan oleh mu walau satu ayat daripada ku. Nampaknya tuan telah melaksanakannya.
Kita saling mengingat dan saling berpesan. Kita tidak bermusuh dengan sesiapa, melainkan Iblis, Dajjal dan konco-konconya terdiri daripada jin dan manusia. Hanya demi Allah yang Maha Esa, tiada dua.
BEST Tuan!
Post a Comment