Champion Gaya AL-FATEH: Sahabat-sahabat Parit Pertahan Iman

Sering kita dengar orang tua dahulu lahirkan pepatah: ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Sebelum itu harus diambil juga pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Orang-orang Melayu dahulu melihat alam dalam membentuk kata-kata nasihat dari tamsil ibarat. Indah, insya-Allah.

Dalam usaha melentur itu, peranan ulama atau cerdik pandai menjadi penting. Lahirnya generasi penerus pejuang Islam demi kebaikan manusia sejagat dibentur oleh mereka yang ikhlas kerana Allah dan demi kelangsungan hidup sebelum mati.

Para pemuda yang ikhlas berjuang tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan. Mereka mentaakul dengan nasihat ulama yang setia bersama perjuangan Islam. Mereka bergerak dengan niat kerana Allah, demi tegakkan Islam yang janjikan pahala jihad yang suci di sisi Allah.

Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah hatta dipertaruhkan nyawa sekalipun justeru menyedari yang nyawa adalah pinjaman Allah. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah, dan ini yang diajarkan oleh ahli ibadat sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah batil semata-mata.

Tawakal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat negeri itu mendapat hidayah dan beriman kepada Tuhan Yang Esa. Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam surah al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi Muhammad (SAW) dalam hadis Baginda. Shuhaib bin Simaan Armi mengatakan bahawa Rasulullah (SAW) bercerita seperti di bawah dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Nasa’i.

Pada suatu masa dahulu ada seorang raja bangsa Yahudi yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila sudah tua, pada suatu ketika ahli sihir itu berkata kepada raja, “Kini saya mencapai usia tua dan mungkin telah dekat ajal saya. Justeru pohon tuanku kirim kepada saya seorang pemuda yang dapat saya ajarkan kepadanya ilmu sihir."

Maka raja berusaha mencari seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, dan menemuinya. Pemuda itu diarahkan agar belajar dengan ahli sihir diraja.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger