Tadabbur Al-Quran demi redha-Nya


Kuliah Zohor Ustaz Syakirin Husin, 18 Ramadhan, Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor. Ringkasan nota perkongsian:

1) Sekiranya kita menghayati Ramadhan sepenuhnya maka nescaya kita memohon ke hadrat Allah supaya menjadikan setiap hari itu Ramadhan

2) Di bulan mulia ini segala bentuk kebaikan diberikan ganjaran yang berlipat ganda mahupun hanya dengan berniat untuk lakukan kebaikan.

3) Pastikan ibadah dilakukan dengan ilmu dan jangan menjadi orang yang menentang dakwah islam. Antara dua golongan yang dibenci Rasulullah (SAW) ialah orang yang beribadah tanpa ilmu dan orang yang berilmu malas beribadah.

4) Golongan yang menentang perjuangan dan dakwah Islam serta lalai dalam solatnya, tatkala mereka mengangkat takbir "ALLAHHUAKBAR",  lalu malaikat menjawab “penipu kamu pembohong.” Mahukah ibadah kita dinilai sebegitu? Oleh itu carilah ilmu dan jadikan Al-Quran panduan, rujukan dan pemimpin dalam kehidupan.

@@@@@@@

Monolog Sang Mukmin | "Katakanlah (wahai Muhammad), telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata,`Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!'." (Al-Jinn 72:1)

** Grafik foto di atas: Insya-Allah, Tuan Guru. Ambo akan ingat dan laksanakan pesan ini dengan cara ambo, walaupun mungkin ada orang akan berkata, "Engkau gila, Web Sutera!"

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger