Tazkirah
itu wajib, Terawih itu sunat | Kuliah Subuh di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor pada pagi
Sabtu 3 Ogos 2013, antara lain bercerita peri pentingnya sejarah. Ustaz yang
bersuara tegas memberi peringatan berapa pentingnya anak-anak remaja dan pemuda
mengetahui serta mendalami sirah Nabi Muhammad (SAW), sirah para Sahabat dan
pemimpin Islam masa lampau, sejarah alim ulama yang ikhlas serta sejarah
pemimpin Islam kontemporari.
Sejarah jihad membebaskan perhambaan sesama manusia kepada hanya menjadi hamba Allah
semata-mata. Perlu belajar dan mentaakul
siapakah Dajjal (sang pembohong) di sebalik peristiwa fitnah di era Khalifah
Ali bin Abi Talib. Memahami bahawa Perang Siffin dan Perang Jamal adalah hasil
hasutan tentera Dajjal, seorang munafik besar bernama Abdullah bin Sabak.
Dalam
novel Konstantiopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH, di Bab 21 penulis mencatat, “Dia menyaksikan onar dan hasutan manusia bernama Abdullah bin Sabak, si
Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Ini memunculkan konflik di antara Ali bin
Abi Talib, Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar dan Muawiyah bin Abu Sufyan.
...
Dalam Bab 30, ada tertulis, “Anakku, engkau telah mengetahui era fitnah
di mana dua kumpulan umat Islam bersengketa sehingga berlakunya peperangan.
Perang Siffin dan Perang Jamal. Ia turut melibatkan puluhan ribu kaum kita.”
Dalam Bab 42: “Seorang Yahudi bernama Abdullah bin Sabak dikatakan
memeluk Islam dan menjadi penyokong kuat Ali bin Abi Talib. Ketika masih
menganut agama tinggalan Nabi Musa melalui ajaran kitab Taurat, Abdullah bin
Sabak itu selalu menimbulkan masalah mengenai Nabi Yusya’ bin Nun sebagai
manusia yang menerima wasiat Nabi Musa.
“Abdullah bin Sabak, setelah berpura-pura memeluk Islam,
mencanangkan bahawa Ali bin Abi Talib adalah penerima wasiat dan amanat Nabi
Muhammad SAW. Dialah orang pertama yang membuat pengisytiharan terbuka bahawa
Ali ialah orang paling berhak menjadi imam dan khalifah sesudah Rasulullah. Dia
juga melahirkan permusuhan dalam kalangan, kononnya, musuh-musuh Ali bin Abi
Talib, iaitu para Sahabat Nabi.”
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment