1)
Sinopsis ringkas
Novel
ini 80 bab, sebanyak 884 muka surat.
Ini sebuah novel
sejarah, perkisahan berkaitan kota Konstantinopel atau kemudiannya dikenali
sebagai Istanbul sehingga sekarang. Saya persembahkan dengan cara yang
berlainan dari pendekatan novel-novel sejarah lain yang sudah diterbitkan dalam
bahasa Melayu, insya-Allah.
Saya bahagikan plot
utama novel ini dalam beberapa era; Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah,
Bani Abbasiyyah, Kesultanan Seljuk dan Khalifah Uthmaniah. Sengaja saya
perincikan sedemikian rupa justeru ianya selari dengan pendekatan pengkajian
sejarah oleh penakluk dan pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh.
Saya cuba menyelami
ruang minda Sultan muda itu dalam usaha baginda bebaskan Konstantinopel – maka
kajian beberapa usaha terdahulu oleh Khalifah dan Sultan sebelumnya diambil
perhatian khusus dalam novel ini.
Semua usaha yang
menjurus kepada banyak peperangan itu adalah jejak-jejak perintis jihad dalam
misi menakluk Konstantinopel bagi memenuhi ramalan kenabian Rasulullah (SAW).
Faktor kejayaan, kegagalan dan mehnah yang dihadapkan ke muka setiap Khalifah
dan pemerintah kerajaan Islam dalam memimpin angkatan kepungan menjadi iktibar yang
ditelaah dan ditaakul mendalam oleh Sultan Muhammad bin Murad itu.
2)
Di mana boleh dapatkan buku
Insya-Allah, novel
sejarah ini boleh didapati di rangkaian kedai buku seperti MPH, Popular, Syarikat
Muda Osman (terutamanya di Kelantan dan Terengganu) dan Hasani. Juga di
kedai-kedai buku persendirian di seluruh bandar di Malaysia.
Jangan lupa, tuan dan
cikpuan juga dapat membeli buku ini secara online di banyak kedai buku online.
Tip mudahkan carian ialah guna enjin carian Internet judul buku. Insya-Allah,
akan adalah senarai jualan online. Boleh juga membeli terus secara online dari
penerbit sendiri, Galerilmu.com
3)
Apa yang menarik mengenai buku
Novel ini dipersembahkan
dalam ayat-ayat naratif, dialog-dialog dan perincian medan perang bagi
membayangkan apa yang dikaji teliti oleh Sultan Muhammad al-Fateh, putera
Sultan Murad II. Dalam masa yang sama, banyak era pemerintahan Empayar Bizantin
dan lain-lain kerajaan Eropah pada masa itu, saya perikan bagi memberi
kesinambungan jalan cerita.
Faktor tarikan lain, pada
hemat saya, ialah kaedah merentas masa dalam dua dimensi, namun dalam masa yang
sama masih kekalkan kronologi jalan cerita sehinggalah Sultan Muhammad Al-Fateh
berjaya bebaskan kota Konstantinopel.
Beberapa watak tambahan
saya hasilkan dalam misi jadikan novel ini lebih menarik dan romantik. Ya,
insya-Allah, ada elemen romantik dalam novel ini. Romantik jenis apa? Tuan dan
cikpuan bacalah, insya-Allah ada.
Antara teknik yang saya
gunakan ialah cliff-hanging atau
tergantung. Maksudnya, pada suatu plot, saya sudahkan secara tiba-tiba, sehingga
pembaca akan bertanya-tanya dan terus membaca.
Maksud cliff-hanging secara kaedah ialah: "A melodramatic serial in which each
episode ends in suspense. A suspenseful situation occurring at the end of a
chapter, scene, or episode."
@@@@@@@
Insya-Allah, poster Ekspo Buku Islam Pahang di Kuantan.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment