11
Februari 2487 Masihi, di sekitar
Laut Arab dan Pengkalan Madinah
Jeneral berkata, “Kita adalah para ghazi yang mendapat anugerah Allah
sebagai pahlawan Islam yang berani lagi gagah. Generasi Islam kita, keturunan
Uthman dan pelbagai suku Turki lainnya, adalah kesateria Islam yang mempunyai
api jihad di dalam dadanya. Ghazi yang tidak takut pada saat orang lain takut,
yang menjadikan jihad di jalan Allah sebagai temasya harian, dan syahid sebagai
cita-cita tertinggi.”
Fateh
Sa’adi mencelah kata, “Sultan Muhammad Al-Fateh. Itu pidato baginda sebelum
bergerak ke kota Konstantinopel.”
Jeneral
tersenyum lebar mendengar sambutan ucapannya. Dia melihat semua yang ada
memberi anggukan, walaupun tumpuan tetap pada tugas masing-masing. “Anakku
Fateh, kamu adalah salah seorang ghazi yang Islam miliki.”
Jeneral
berkata tenang, “Nampaknya pihak ahzab tak menunggu lama.”
Fateh
Sa’adi menjawab, “Insya-Allah, seperti kita jangkakan, Jeneral.”
“Sistem
pertahanan kita sedia?”
“Insya-Allah,
siaga dalam doa kepada Allah.”
“Buka
saluran komunikasi untuk hubungi kapal induk itu.”
Di
dalam perut USS Barack di
pusat kawalan utama, salah satu panel komunikasi menjadi gelap, kemudian muncul
gambar bendera hitam bertulisan Arab La-ilaha-iLLaLLah-
Muhammadur-Rasulullah. Panji itu berkibar.
“Laksamana!” Panggil
seorang pegawai radar dari stesennya. “Kita menerima isyarat. Err ... dari
Madinah.”
Laksamana Menatee,
seorang Yahudi Amerika Syarikat yang menjadi orang penting Laksamana Balboa
sekali gus rakan rapatnya bertugas sebagai ketua pemerintah armada ini. Dia
berkata, “Okey, benarkan komunikasi ini.”
Benarkan atau tidak,
pihak Pengkalan Madinah dapat menembusi salah satu sistem komunikasi USS Barack.
“Laksamana atau Kapten,
tidakkah kamu fikir menghantar armada perang keterlaluan?” Suara Jeneral diubah
dengan teknik digital agar tidak dapat dikenal pasti.
Laksamana Menatee
membalas, “Saya Laksamana, pemerintah armada ini. Apa yang kamu mahukan?”
“Sekilas ikan di air
saya sudah tahu jantan atau betinanya, Laksamana. Wajarkah kamu bertanya kami
demikian? Niat kamu menjalar panas ke wilayah kami.”
“Kamu teroris!”
“Kamu dengan sebuah
armada besar bersedia menyerang kami, dan kamu kata kami teroris? Kamu dan
Israel menyerang umat Islam, dan kamu kata kami teroris? Adakah kami salah
justeru pertahankan nyawa umat Islam dan agama kami?”
“Jangan kamu mahu
berkhutbah di sini. Ini bukan masjid atau gereja. Kami tetap dengan niat untuk
menyerang.”
“Okey andai begitu. Kami
menunggu. Namun, tolong dengar nasihat saya. Jangan terpedaya dengan helah
licik Benjamin Sagal dan presiden kamu. Kamu menjadi hamba mereka.”
“Memang aku hamba
Yahudi! Aku Laksamana Menatee yang membenci Islam!”
“Kamu takkan menang.”
Talian komunikasi
diputuskan.
** Kombat Armagedon.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment