Web Sutera Mempersembahkan!



Salah seorang anak saya suka menjual. Habis semua benda yang boleh dibuat duit, dia cuba jual; kek cawan, biskut raya, hiasan tertentu (saya pun tak tahu mahu menyebutnya), dan macam-macam lagi. Terkini ialah dia cuba jual buku-buku saya kepada cikgu dan ustazahnya.

Pada mulanya bukan menjual, tetapi dia suka bercerita kepada mereka, "Abah saya penulis buku." Jadi cikgu dan ustazah suruh anak saya bawa ke sekolah atau kelas mengaji.

Kurang menariknya ialah cikgu atau ustazah berkata, "Saya pinjam dulu."

Saya tak marah pun, cuma tersenyum untuk kes buku-buku itu. Paling tidak, moga ilmu sampai.

@@@@@@@


Walaupun tidak berdarah dengan aliran merah
Dajjal dan Iblis bersumpah
Selain darah umat Muhammad tumpah
Mereka berkombat jiwa dijarah!

Insya-Allah, sebuah kisah .... Sebelum ad-Dukhan, Imam Mahdi, Nabi Isa ... wujud pedang berapi, laser, kapal angkasa merentas Bima Sakti, nanobot, kapal halimunan, .... Mageddo!


Memetik tulisan Tuan Khairy Tajudin, "Menulis adalah satu kemahiran menyampaikan isi. Setiap penulis akan cuba untuk menyampaikan sesuatu yang berisi. Tanpa isi, tulisan akan menjadi seperti hampas. Jadi, sebelum menulis, fikirkan dahulu, apakah isi-isi penting yang kita mahu tulis. Kemudian, barulah kita fikirkan apakah gaya penulisan dan bahasa yang kita mahu gunakan."

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger