Kerajaan berkuasa dan berpengaruh tidak naikkan kadar tol - Rafizi Ramli

Saya merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar yang dilaporkan mengesahkan kenaikan tol yang akan berlaku dalam tahun 2014 kerana ia sebahagian dari perjanjian konsesi yang dimeterai oleh kerajaan.

Alasan yang diberikan oleh beliau itu dangkal terutamanya apabila sebahagian besar dari pemegang konsesi lebuhraya utama di negara ini dikuasai oleh anak-anak syarikat milik kerajaan. Oleh kerana pemegang konsesi adalah anak-anak syarikat milik kerajaan, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol.

Tiga kumpulan terbesar pemegang konsesi lebuhraya adalah seperti berikut:

1. Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Elite, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Butterworth Kulim dan Jambatan Pulau Pinang;

2. Prolintas yang mengendalikan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway, Lebuhraya Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang dan Lebuhraya Damansara – Shah Alam;

3. Gamuda (melalui anak syarikat usahasamanya) yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya SPRINT.

PLUS dikuasai sepenuhnya oleh agensi-agensi kerajaan iaitu Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Prolintas adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah saham milik kerajaan.

Hanya Gamuda yang merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, unit-unit Amanah Saham dan lain-lain mempunyai sekurang-kurangnya 22.59% pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010) di dalam Gamuda yang menjadikan Kerajaan Persekutuan sebagai salah satu pemegang saham terbesar Gamuda melalui pelbagai agensinya.

Tambahan pula, sebahagian besar dari konsesi tol di negara ini mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan. Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan-bantuan seperti subsidi kewangan untuk pengambilan tanah, pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan atau pun geran kewangan kepada pemegang-pemegang konsesi untuk membina lebuhraya. Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya menggunakan geran kewangan kerajaan berjumlah RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkan lebuhraya tersebut.

Sebab itu saya menyanggah kenyataan Dato’ Seri Abdul Wahid Omar yang memberi gambaran salah bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian konsesi dimeterai dengan syarikat swasta.

Hakikatnya, sebahagian besar perjanjian konsesi melibatkan anak syarikat kerajaan. Bagi perjanjian konsesi yang lain, syarikat-syarikat swasta seperti Gamuda dan Maju Holdings telah mendapat pelbagai kemudahan kewangan dari kerajaan ataupun projek-projek besar kerajaan. Pemegang konsesi yang lain pula mendapat pembiayaan mudah kerajaan.

Ini bermakna, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telahpun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi. Alasan bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian yang dimeterai dengan swasta tidak dapat diterima kerana sebahagian besar konsesi tol dikuasai oleh kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

** Kenyataan akhbar Tuan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, Selangor merangkap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, 16 Disember 2013.

2 comments:

Anonymous said...

KALU DULU KITA MENCARI BUKTI DAN FAKTA BAGI MENERUSKAN AGENDA UNTUK MEMPERBAIKI SALAH LAKU PENTADBIR NEGARA.TAPI ITU TELAH BERLALU.BUAT MASA TERKINI YANG TERBAIK IALAH KITA IKUT CONTOH THAILAND.CUMA TAKUT PEMINPIN PEMBANGKANG INI DAYUS TAKUT MATI SERTA MENJAGA PERUT AGAR TIDAK KENDUR.SEBAB SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI UNTUK BERBICARA.BINI PAKAI JET BERJUTA JUTA RINGGIT DUIT NEGARA HABIS.MEREKA KAYA RAYA RAKYAT MISKIN KELANA.JADI BANGKIT MACAM THAILAND DAN RAKYAT SANGGUP BERJUANG HINGGA MATI

otaklunyai said...

semua kenaikkan telah dirancang oleh kera-jaan yg di kepalai oleh ungok laknatullah...cuba kita perhati dan teliti... parti2 komponen lain yg selubang dgn umgok hanya berdiam diri... tak komen sket pun... sebab walaupun mereka terdiri dari kalangan bukan Islam secara majoriti tetapi Allah bagi akal kpd mereka utk tidak bersama2 menindas dan menzalimi rakyat disebabkan kebodohan sendiri, ketamakkan, haloba dan berhati syaitan... semoga Allah melaknat dan menghukum pemimpin2 yang zalim ini dan mereka yg bersubahat dgn nya... AMIN YA RABBAL ALAMIN. sesungguhnya hamba rakyat teraniaya akibat dari kebodohan pemimpin negara....

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger