KOMBAT ARMAGEDON – Pembebasan Konstantinopel Kali Kedua


Dalam Majalah Q&A isu 14, terdapat perbincangan yang difokuskan kepada hadis akhir Zaman- Pembukaan Kota Konstantinopel (muka surat 23). Ketika Dajjal berkuasa di dunia dan menguasai kota Istanbul maka Imam Mahdi dan tentera Islam akan muncul untuk membuka semula kota Konstantinopel buat kali kedua sebelum terjadinya tanda-tanda kiamat yang besar.

Laman Facebook majalah di sini: https://www.facebook.com/MajalahQnA

Dalam novel atau fiksyen yang masih dalam fasa layout dan desain kaver – berjudul KOMBAT ARMAGEDON -  saya menyentuh mengenai sebuah senario perang sebelum kota Konstantinopel dibebaskan buat kali terakhir.

Walaupun demikian, saya ada narasikan sebuah kisah seperti di bawah, sebahagian kecil sahaja.

5 Februari 2487 Masihi, Pangkalan Rahsia Makkah 
Sheikh Yassin Sulaiman bertemu dengan Perdana Menteri Turki di Makkah. Jeneral mengingatkan sahabat Turki itu akan sebuah sejarah penting berkenaan penggunaan teknologi dalam perang dalam misi memohon bantuan negara tersebut. 
“Hanya enam tahun setelah penerbangan pertama Wright Brother di Ohio berjaya, Khilafah Uthmaniah menjadi salah satu negara terawal di dunia memulakan program penerbangan militer. Tampak berkesan justeru umat Islam pantas mengambil peluang dan mengadaptasi teknologi itu. Matlamat utama ialah melindungi negara.”

Sebelum itu, dalam monolog seorang watak, saya nukilkan:

“Ada desas desus mengatakan Turki kini sudah miliki ‘senjata serangan orbit’ termoden dengan bantuan kepakaran Pakistan dan Iran. Justeru, Amerika Syarikat, atas desakan Israel, mahu memeriksa kesahihan berita itu dengan menghantar wakil PBB. Untuk makluman, Turki sudah keluar daripada pakatan NATO sedari awal abad yang lalu. Pemerintah Islam di sana tidak lagi mengikut telunjuk NATO.”


Sementara itu, dalam novel sejarah Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH, ada penggalan kisah seperti di bawah:

“Justeru itu ayat ‘kota yang sebahagian di darat dan sebahagian di laut’ ialah Konstantinopel. Menjadi satu pertanyaan besar, mengapa Konstantinopel perlu dibebaskan sekali lagi? Bukankah Konstantinopel yang kemudiannya diberikan nama Islambul oleh Sultan Miuhammad al-Fateh sudah dibebaskan? 
“Kota itu perlu dibebaskan sekali lagi, buat kali terakhir justeru pemerintahnya membantu Rom, iaitu Amerika Syarikat, dengan mengizinkan timur Turki yang bersempadan dengan Syria didirikan pangkalan tentera NATO, yakni juga Rom. Ia didirikan dalam rangka strategi menyerang kaum Muslimin.” 
Muhammad Nabil terkesima. Dia agak terkejut dengan penerangan yang diberikan oleh ilmuan Islam ini. Dia memandang abahnya di sisi. Abah cuma tersenyum, lalu menunjukkan helaian siaran akhbar yang disertakan.

Wallahhua'lam.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger