Sultan Muhammad Al-Fateh sebelum kematian berpesan agar puteranya jangan memilih pemimpin atau pegawai yang korup, tidak amanah dan hanya pentingkan kelompok serta diri sendiri. Baginda juga memberi ingat agar jangan sesekali merampas hak rakyat.
Antara
hak rakyat ialah mengundi. Justeru andai kuasa yang diamanahkan oleh rakyat
dipermainkan oleh sang pemimpin yang dipilih, mahu tidak berasa kecewa dan marah? Memang ... memang Islam mengajar
agar kita bersabar. Namun sabar itu ada batas tertentu.
Dalam Islam, setiap daripada kita adalah pemimpin yang
bertanggungjawab dan kemudian akan ditanggunghisab oleh Allah. Hak rakyat usah
dipermainkan. Akhirnya Islam memberikan yang berhak untuk membalas secara adil.
Langkah
bijak atau langkah dungu akan terlihat ekoran sikap kita, justeru takdir itu
berdasarkan kesan sebab-akibat. Amaran Allah dan peringatan Rasulullah sudah
lama tercatat, bahawa kerosakan di muka bumi disebabkan kerakusan manusia yang
menurut hasutan Iblis dan konco-konconya.
@@@@@@@
Pemuda PKR (AMK) melalui ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin
dipetik sebagai berkata, “Ini membuka ruang untuk PKR dan Pakatan menawarkan
pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor
sebagai menteri besar. Ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta
mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.”
Sekali
lagi saya ingin bertanya, “Masih tak matang berpolitik? Mengapa terdahulu tidak
memilih calon yang berwibawa? Mengapa sekarang? Kalau benar pun, mengapa tak
boleh tunggu PRU ke-14 nanti? Gelojoh justeru ingin berkuasa?”
Mohon
ahli Parlimen Pandan, Tuan Rafizi Ramli melihat dari sudut pandang yang lebih
luas. Mohon 'geng' Tuan Azmin Ali JANGAN GELOJOH!
Dato'
Seri Anwar Ibrahim, it's about time you must think VERY HARD to retired!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
4 comments:
Sudah semakin jelas sekarang, siapa yang TAMAK HALOBA!
Abang Long, jujurnya ... saya dah mula BOSAN dan MUAK dengan sesetengah pemimpin PKR! Sudah hampir sama dengan UMNO! Cet!
Apa lagi Tuan Web Sutera, sila turun padang buat demo untuk bersihkan pemimpin PKR yang "kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih" kat pemimpin UMNO tu...
Lepas pru13 dah ramai yg hanya fikir kepentingan peribadi.kuantiti bertambah tapi kualiti makin kurang.
Post a Comment