Lakaran
ceritera reformasi, si mata lebam, si juara yang dijulang rakyat. Malaysia
berbangga ada seorang negarawan ulung yang berkarisma. Itu suatu ketika dahulu.
Kini,
mantan si mata lebam yang disanjung rakyat semakin ketara nampak tidak bijak.
Adakah si mata lebam itu bakal dibenamkan oleh rakyat marhein? Saya berharap sangat agar beliau tidak berubah.
Isu
utama ialah mengapa mantan ADUN Kajang meletak jawatan semata-mata memberi
laluan kepada DSAI? Itu hal utama. Ia mempermainkan undi rakyat. Andai
kita tak suka cara UMNO, mengapa kita ikut cara yang kita tak suka itu?
Fikir-fikirkan.
Saya
tidak mendaftar ahli mana-mana parti politik, bahkan tidak sesekali akan
mengisi borang UMNO. Saya hanya seorang rakyat yang prihatin. Pimpinan PR harus
sentiasa ingat, jumlah ahli yang ramai bukan penentu kemenangan dalam PRU.
Rakyat yang memilih.
Sejarah
Malaysia sudah buktikan bahawa ahli UMNO yang dikatakan dua juta itu tetap mesti
bergantung kepada undi rakyat untuk memenangi pilihanraya. Hakikat ini juga
mesti difahami oleh pemimpin dan ahli-ahli gabungan PAS, DAP dan PKR.
Politik
itu kehidupan, berkaitan dengan pemimpin dan yang dipimpin, berkaitan dengan
undi atau pilihan. Sultan Muhammad Al-Fateh memilih untuk bertegas bagi
mengepung kota Konstantinopel sehingga jaya dengan meminta pandangan ulama dan
para pegawai kerajaan.
Kita
bebas memberi pandangan atas isu penting negara dan kehidupan. Itu politik.
Islam memberikan hak berpolitik kepada orang beriman. Ada hak untuk berhemah,
ada hak untuk marah, ada hak untuk menghukum.
Saya
tak suka apa yang sedang berlaku di Selangor kini. Silap strategi justeru mahu
pulihkan sesuatu. Kesannya, UMNO cucuk jarum. Saya sayangkan kerajaan PR
Selangor, itu pasti, insyaAllah. Islam tetap dujunjung, dan pemimpin yang
bersama Islam dan tidak menentang Islam tetap dipilih.
Jika
hasrat rakyat dipermainkan, apa yang mahu diharap pada BN/UMNO? Kita lihat dia
orang salah, tapi PR persis mengata dulang paku serpih. Jadi?
Adakah
rakyat biasa yang bukan pemimpin dan ahli parti tidak layak memberi pandangan,
tidak boleh mengkritik? Kalau benar, justeru corak kepimpinan apa yang Pakatan
Rakyat mahu timpakan ke atas kepala rakyat? Mengata dulang paku serpih?
Kong hey fatt choi! Semoga Malaysia lebih baik daripada sebelumnya. Selamat bercuti untuk rakyat Malaysia.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment