Manuskrip berjudul KERJAYA 101 sudah lama ditulis.
Idea asal ialah dari arwah Tuan Imran Yusuf dan arwah Tuan Adli Syamsuddin.
Justeru arwah Tuan Adli Syamsuddin tidak sempat sediakan bahagiannya, maka
arwah Tuan Imran Yusuf mengajak saya teruskan projek penulisan buku ini.
Alih-alih di kemudian ketika, Tuan Imran Yusuf pula dipanggil Allah kembali.
Tinggal saya seorang untuk teruskan apa yang masih tertinggal.
Untuk makluman, manuskrip ini tidak pernah
diterbitkan oleh mana-mana penerbit. Beberapa penerbit menolak manuskrip ini di
atas alasan tertentu mereka. Allah jua yang Maha Mengetahui apakah sebabnya.
Sejak itu ia terbengkalai, hampir setahun lebih
lamanya. Demi mengingat kembali amanah arwah Tuan Imran Yusuf, maka saya
usahakan dalam rasa getir kerana terbengkalai hampir setahun lebih.
Untuk info, buku ini pada asalnya terdiri daripada
tiga buah buku kecil yang saling berkait. Judulnya seperti berikut:
1) Memulakan Kerjaya
2) Panduan Menyediakan Resume
3) Panduan Interviu
Pada suatu ketika, timbul idea untuk gabungkan
menjadi sebuah buku dengan judul cadangan Tip Champion Kerjaya.
Ataupun cadangan lain ialah Champion Dalam Kerjaya. Secara
ringkas kandungan buku ini ialah panduan kerjaya dari masa belajar, mencari
kerja, tip menulis resume dan cover letter, dan akhirnya panduan
interviu atau temuduga. Secara tepat ia berbentuk 'how to'.
Saya faham para editor hanya boleh meneliti
manuskrip ini. Hak mahu diterbitkan atau tidak bergantung kepada nilaian dan
faktor pasaran. Mana yang baik dari Allah semata-mata, mana yang kurang ia
adalah kelemahan saya sebagai hamba-Nya yang daif.
Kini manuskrip ini sudah masuk tahun ketiga
terbengkalai tanpa diterbitkan. Dalam tempoh itu juga ia mengalami banyak perubahan
hasil olahan kembali. Insya-Allah, saya akan terbitkan online secara
percuma. Segala pahala dan kebaikan yang diraih daripadanya, saya sedekahkan khas untuk almarhum sahabat saya itu.
Mana-mana bab atau perenggan yang boleh diolah semula akan saya guna kembali dalam manuskrip lain.
Mana-mana bab atau perenggan yang boleh diolah semula akan saya guna kembali dalam manuskrip lain.
Untuk membacanya, sudikan ke sini di bawah label KERJAYA 101.
Strategi ini saya gunakan dalam sebuah manuskrip lain sebelum ini yang turut ditolak oleh dua penerbit. Hasilnya, terbitlah tiga
buah buku yang turut mengabungkan beberapa bab atau kisah dari manuskrip itu, yakni Berfikir Gaya Champion, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah
dan Hijrah Champion Gaya Rasulullah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment