Memilih pemimpin bukan main-main



Semalam saya kata mahu berhenti menulis fasal DUN Kajang. Okey, ini terakhir barangkali. Khas untuk sahabat yang menuduh orang seperti saya dan ramai lagi sebagai meroyan.

Isu PALING UTAMA ialah tindakan mengosongkan kerusi DUN itu tidak SEPATUTNYA dibuat. Alasan tidak munasabah, malah hukumnya tetap KHIANAT! Bunyi-bunyian yang lain adalah ekoran tindakan itu lantaran kesan sebab-akibat.

Ini bukan soal UMNO atau PKR atau nama-nama parti. Ini soal 'perangai UMNO' yang masih kekal di dalam jiwa sesetengah pimpinan PKR. Saya akan tetap tidak menyokong 'perangai UMNO' dalam BN, PKR, PAS atau DAP. Tiada kompromi, kerana memilih pemimpin bukan perkara main-main. TITIK!

Akhir sekali, semoga apa yang sedang dan telah terjadi di Selangor diambil iktibar. Pakatan Rakyat mesti terus kuat dan ampuh di persada, bukan mengambil konsensus yang tidak baik demi suatu matlamat baik. Insya-Allah, sokongan saya tetap untuk kalian.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger