Abang! Tulislah buku lagi!


Catatan sisi dari hamba Allah yang daif dan sentiasa berharap naungan-Nya.

Dahulu, lebih kurang 8 tahun lalu, pada banyak ketika aku bertanya pada diri sendiri, “Apa aku mahu buat esok? Kerja pejabat yang mana belum aku bereskan? Bos aku okeykah esok, tak meroyan lagi?”

Malam, siang, subuh ... ia menganggu fikiran aku. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana aku mengeluh, berfikir, dan mentaakul adakah aku patut berhenti kerja makan gaji.

Ingatan, ujian, tazkirah dan kasih sayang Allah.

Kini ... sejak hampir 5 tahun kemudian, aku di sini, di dunia penulisan di samping bisnes katering bersama isteri tersayang. Insya-Allah, aku tenang dalam berusaha meraih rezeki dari Allah – untuk aku, untuk isteri dan untuk anak-anak amanah-Nya.

Bukan! Bukan aku kata bekerja sendiri itu terbaik untuk setiap orang. Ada yang selesa dan cemerlang berkerjaya di pejabat, ada yang cemerlang dalam bisnes. Rezeki, nasib dan takdir Allah terbaik untuk setiap hamba-Nya. Apa yang berbeza, mungkin, ialah bagaimana kita (dan aku) memahami perkara itu.

Kini ... idea itu. Ya, idea dan ilham itu. Isteri yang prihatin sering bertanya, “Abang sedang tulis buku apa sekarang?”, “Abang buat novel apa lagi?”, “Abang! Tulislah buku lagi!”.

P/s: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL 2014). Sudikan temui saya di sesi sembang buku di gerai Galeri Ilmu seperti tertera. Saya berbesar hati menemui tuan dan cikpuan. Bawa semua buku/novel saya untuk sesi autograf. Insya-Allah, di gerai penerbit, ada diskaun 20% untuk semua buku.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger