Semasa
menulis catatan ini, saya sedang membaca novel sendiri, novel terbaharu
berjudul PERANG ARMAGEDON. Ia menjadi kebiasaan, andai sesebuah buku siap
dicetak dan berada dalam tangan, saya tetap membacanya walaupun sebelum itu
sudah berkali-kali menatap di skrin laptop. Insya-Allah, menjadi satu kepuasan
dapat menatap karya dalam bentuk buku.
Untuk
itu, saya di sini dengan rendah hati memohon maaf kerana masih ada beberapa
kesalahan menaip, walaupun hanya beberapa perkataan dalam novel PERANG ARMAGEDON ini. Usaha berkali-kali saya dan pasukan editorial melihatnya, masih
tetap ada ralat kecil yang terlepas pandang. Kami manusia biasa sahaja. Namun
saya jamin, insya-Allah, ia tidak mencacatkan pembacaan tuan dan cikpuan.
Usaha
menulis fiksyen Armagedon dari sisi pandang Islam ternyata sukar. Tugas
suntingan oleh Cikpuan Nor Liana Omar juga tidak kurang cabarannya. Sebagai
editor yang benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab, beliau menekuni
setiap bait ceritera, daripada perkataan sehinggalah plot serta fakta. Beliau
meneliti, menelaah dan membaik pulih manuskrip mentah agar menjadi lebih baik,
serta memberi cadangan balas kepada saya. Kami berdua berbincang dan berkombat
agar manuskrip ini berada pada tahap yang diharapkan. Saya berbangga bertugas
bersama beliau.
Pasukan
editorial penerbit Galeri Ilmu, pereka bentuk kulit dan susun atur teks juga
bertungkus-lumus agar novel ini sempat diterbitkan sebelum Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL 2014). Dua proses terakhir itu juga
mengambil masa. Beberapa kali susun atur teks (layout) mengalami ralat. Saya dan Tuan Amir Abdul Hamid bertabah
menanganinya dalam debar mengejar tarikh akhir penerbitan. Dengan banyak buku
lain dalam barisan untuk diterbitkan, maka proses menjadi kritikal.
Dalam
saat-saat terakhir pun, editor menghubungi saya untuk menambah apa yang patut
demi kebaikan dan mudahkan pembacaan.
Syukur, kerjasama kami erat dalam ukhuwah Islam, dan demi meninggikan agama ini dan
memandaikan bangsa.
Alhamdulillah,
akhirnya novel ini tiba di stor penerbit pada hari Jumaat 28 Mac 2014. Pada
sebelah petangnya saya bergegas ke ofis Galeri Ilmu bagi mendapatkan bunting
dan novel untuk majlis Doa Selamat dan Pra Pelancaran pada keesokan harinya, 29
Mac.
Setakat
catatan ini, novel belum masuk ke kedai buku lagi.
@@@@@@@
Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin dan makhluk lain) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.
Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam
alaihissalam sehingga ke Muhammad bin Abdullah SAW adalah Islam atau Muslim. Itu
fakta dalam al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar
beriman dengan kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka
adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.
Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj
Nabi Muhammad SAW, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa
kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat
adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa
Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.
Justeru umat Islam wajib membaca ayat ini setiap kali
bersolat, sebagai salah satu tazkirah:
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah 1:7)
Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani
Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak
berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds. Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak
bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah
mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah
itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.
Pentingnya bumi Palestin digambarkan
dalam salah satu firman Allah:
“Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta
negeri (Makkah) yang aman ini.” (At-Tiin 95:1 -3)
Salah satu tafsir ulama, wilayah buah tin dan zaitun
ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam
yang disebutkan dalam al-Quran dan Taurat (asli atau terkini) sewajibnya
memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah
yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.
Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari
satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan
alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di
situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui
batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.
Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya yang turut
ditaburkan kepada penganut Kristian, terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal
Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang
luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang
amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan
pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam
sehingga ke hari kiamat.
P/s: Sudikan bertemu saya di kedai buku MPH Alpha Angle, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini (poster di atas).
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment