Jihad dan dakwah dalam penulisan meneroka hijab sejarah


Mungkin kita tak tahu, atau buat-buat tak tahu, atau buat pekak badak! Kena cucuk hidung ... kena main! Apa dia?

Protokol Yahudi Zionis memaktubkan: “Kita telah dan akan menyebarluaskan sastera yang sakit lagi keji. Jadikan sastera sebagai tunjang kebejatan nafsu di setiap negara besar yang mempunyai kepimpinannya sendiri.”

Alhamdulillah. Subhanallah! Allahu-Akbar! La hawla wala quwwata illa bilLahhil aliyil Azeem. Terbitnya karya mutakhir saya dalam himpunan KAPSUL NURANI dan novel / fiksyen sejarah NAKHODA AGUNG tahun ini, ia sekali gus memberi saya banyak ibrah. Paling penting ialah kajian / rujukan sendiri memberi banyak input mengenai hijab sejarah yang digelapkan oleh Zionis-Yahudi. Setakat ini, 10 karya dibukukan setelah secara serius menulis buku sejak tahun 2011.

Terima kasih kepada semua sahabat pembaca. Sokongan, komen dan kritikan memberikan diri ini - hamba Allah yang daif di sisi-Nya - kesedaran bahawa kita umat Islam amat perlukan informasi yang membina minda, bukan setakat hiburan semata-mata.

Jalan dakwah dan jihad ini bakal diteruskan, selagi nyawa berada di dalam dada, insya-Allah.

Sebermula sebuah kisah

Beberapa abad selepas wafatnya Nabi Adam dan Nabi Idris alaihisalam (a.s.), muncul orang-orang soleh serta alim ulama yang mengajak manusia supaya menyembah Allah semata-mata. Namun, mereka dan para pengikut mereka akhirnya turut meninggal dunia.

Iblis dan syaitan mula memainkan peranan, mengambil kesempatan yang terluang. Muncul ajaran-ajaran baru hasil bisikan syaitan yang tidak jemu-jemu menghasut. Umat manusia akhirnya berpaling daripada ajaran Allah. Sinar agama langit semakin pudar.

Lantas Allah melantik seorang lelaki bernama Syakirin sebagai penyelamat. Beliau cicit Nabi Idris a.s. yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Nuh alaihissalam.

Berjayakah Nabi Nuh a.s. mengajak kaumnya agar kembali menyembah Allah? Atau adakah mereka semua akan ditimpa azab yang pedih?

Kisah Nabi Nuh a.s. dan azab yang ditimpakan oleh Allah kepada kaum baginda selalu kita dengar. Mungkin sudah banyak kitab yang tuan dan cikpuan baca. Namun karya saya ini sebuah fiksyen atau novel sejarah yang digarap daripada telaah kitab-kitab kisah para rasul.

Insya-Allah, garapan berlainan, bersulam ceritera dan monolog alam serta watak.


NAKHODA AGUNG. Subhanallah. Alhamdulillah. Novel ini, andai tiada aral, akan terbit dan boleh didapati semasa PBAKL 2014. Sebelum itu, banyak perkara yang dibangkitkan oleh editor Tuan Haeqal Zulqarnain dan panel syariah. Saya menerima dengan baik dalam kefahaman bahawa diri ini hanya hamba Allah yang daif dan fakir di sisi-Nya. Beberapa sub-plot dibuang pada saat-saat akhir atas nasihat mereka.

Justeru di bawah ialah pencerahan dari saya untuk novel ini dan ia juga benar untuk novel / fiksyen sejarah yang lain. Saya kongsikan. Semoga ia menjadi panduan untuk sahabat yang berniat untuk menulis genre sama. Ia tip dari saya, insya-Allah.

1) Untuk dialog baginda, banyak tempat dengan kisah / dialog berbeza, atau dialog untuk perkara sama tapi dengan ayat-ayat berlainan dengan membawa makna yang sama. Ia mengikut siapakah yang sedang bercakap dengan baginda.

2) Dalam al-Quran dalam surah berbeza, banyak kisah Nabi Nuh diceritakan, sama ada secara terperinci atau secara sambil lalu. Secara panjang dalam Surah Nuh dan Surah Hud. Manakala di dalam banyak surah lain, ia merata.

3) Ambil contoh mengenai bulan bintang dan alam buana ini, Nabi Nuh berkata di banyak tempat dalam pelbagai surah dengan ayat-ayat berbeza, tapi masih dalam misi menjelaskan perkara yang sama. Begitu juga dalam perihal kejadian manusia yang berperingkat itu.

4) Dalam beberapa kisah, dialog Nabi Nuh diambil dalam hadis sahih dan mursal.

5) Dalam semua dialog itu, sama ada saya ambil secara terus terjemahan al-Quran (dengan membuang makna tambahan dalam kurungan) atau saya ambil / salin dari ayat-ayat lebih mudah yang ditulis semula oleh para pentafsir / pengarang kitab dalam kitab rujukan di senarai Rujukan.

6) Saya merujuk kepada banyak jenis tafsir - sama ada tafsir berbahasa Melayu atau dalam bahasa Indonesia atau dalam bahasa Inggeris (seperti senarai Rujukan).

7) Selain dialog Nabi Nuh dalam al-Quran dan hadis, dialog watak-watak lain ialah bayangan sendiri yang masih mengekalkan disiplin penulisan novel sejarah Islam tanpa menyeleweng daripada akidah Islam. Juga gunakan teknik penulisan Surah Yusof.

Aku hamba-Nya, sangat daif dan fakir.
Tanpa-Nya aku rapuh, sangat rapuh.
Dalam risau, bimbang dan gundah.
Aku ingin dan terus berharap.
Agar redha-Nya bersama aku.
Walau sepahit mana pun aku rasa
.... setiap cubaan itu.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

1 comments:

Sam Rizal said...

Membaca karya sejarah ilmiah memang agak membosankan kerana perlu berhadapan dengan data dan fakta. Tetapi pabila sejarah difiksyenkan dengan gaya bersahaja dengan unsur tambahan pasti menjadi lebih bermaya.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger