Briged Al-Qassam untuk Armagedon


Insya-Allah, saya kongsikan. Mohon ingati mereka, para sahabat kita di Palestin di Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam.

Dalam novel PERANG ARMAGEDON, di banyak tempat sama ada secara terang dan nyata atau saya samarkan perihal/plot berkenaan perang media. Perang doktrin dan saraf ini digunakan secara besar-besaran oleh Zionis Yahudi dan geng kuffar. Kita umat Islam memang sedar atau buat-buat tak nampak atau tutup deria rasa hati.

Ini juga terjadi kepada serangan umat Islam di Gaza. Media global didoktrin agar memaparkan bahawa Hamas, Briged Al-Qassam dan kumpulan jihad satu lagi tidak dapat melawan 'kekuatan' pesawat tempur dan kereta kebal tentera Zionis Yahudi. Lantaran marah dan bengang dengan Briged Al-Qassam, tentera pengecut itu menyerang orang awam Gaza, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Malangnya ada juga orang Melayu-Islam di Malaysia percaya doktrin puak kuffar yang dilaknat Allah Taala itu, salah satunya percaya bahawa dalam beberapa perkara tindakan jihad Briged Al-Qassam 'berdosa'. Juga persis percaya anggota jihad Briged Al-Qassam bertindak mengikut perasaan dan nafsu.

Walhal, itu semua hasil termakan racun perang saraf puak-puak Dajjal dan Iblis yang diketuai oleh negara haram Israel, dan Amerika Syarikat menjadi tali barut nombor satu.

Saya kongsikan beberapa maklumat, mungkin para pembaca sudah tahu. Insya-Allah, ini dari sumber yang benar, saya baru dapat. Paling utama, mohon buka mata hati sahabat untuk mentadabbur ayat-ayat al-Quran dan melihat sirah medan jihad zaman Rasulullah SAW, para Sahabat, daulah Islam di era Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh, serta yang lain-lain.

Seperti yang sahabat tahu, pemilihan anggota Briged Al-Qassam sangat teliti, seperti yang tersebar dalam internet. Harus diingat selalu, tanamkan kepercayaan kepada para guru (Masyaikh) Hamas yang sangat teliti dalam hal ini. Masyaikh memilih mereka, kemudian mentarbiah, mendidik dan membuat ijtihad dalam gerakan jihad kontemporari.

Berita mutakhir dari medan perang di Gaza:

1) Tentera Israel sangat takut apabila nama Briged Al-Qassam disebut. Bagi mereka, tentera Palestin ini memiliki kekuatan dari langit. Kalau disebut, mereka bagaikan ayam yang kesamparan.

2) Dalam banyak kes, tentera Israel sangat hairan. Walaupun puluhan ribu anggota cuba memasuki wilayah Gaza yang sekangkang kera itu, mereka tetap gagal membunuh anggota Briged. Apabila mereka berpusing ke segenap sudut, ada sahaja muncung 'senjata' yang kelihatan menghala ke arah mereka. Sehinggakan ada tentera panik lalu berkata, "Ini perang apa? Kali ini sangat berbeza. Di mana sahaja kita menoleh, ada sahaja tentera Al-Qassam!"

3) Rakyat Gaza yakin dengan kekuatan Briged dan amat percaya dengan bantuan dari Allah Taala. Bagi mereka, adalah menjadi satu kebanggaan keluarga andai hanya seorang sahaja anak lelaki mereka berada dalam Briged. Sebab itu, jika si ayah tidak berada dalam Briged, mereka akan menanam tekad paling tidak pun seorang anak lelaki akan dipilih menjadi tentera jihad Briged. Justeru itu, seorang Ahli Parlimen wanita Israel berkata, "Kita bunuh semua perempuan Palestin kerana dari rahim-rahim merekalah lahirnya ular berbisa yang akan mematuk kita!"

4) Saksi mata tentera Briged Al-Qassam yang melihat akan janji Allah Maha Benar, bahawa tentera-tentera Allah turun dari langit.

5) Di medan perang, sekiranya platun depan menembak atau memantau pihak musuh, barisan/platun belakang akan membaca al-Quran. Mereka akan bertukar-tukar posisi kemudiannya, yakni andai tentera depan tadi perlu berehat, barisan belakang pula yang maju ke posisi depan. Manakala tentera yang undur akan membaca al-Quran. Satu ibrah - dada-dada mereka penuh al-Quran.

Itu perkongsian dari saya. Yakinlah, tentera Zionis Yahudi akan musnah berantakan akhirnya, petanda sudah muncul. Kalau bukan dalam masa terdekat, akan tiba juga. Semuanya dalam perancangan Allah Taala kepada pemuda jihad yang berperang demi agama Allah dan membela darah umat Islam. Ingat tentera Sultan Muhammad Al-Fateh?

Salah satu peranan kita adalah doa untuk mereka. Saya terutamanya, yang tidak secalit pun ada memiliki sahsiah anggota Briged Al-Qassam, hanya menyokong. Paling bangsat pun saya ini, hanya doa yang dikirimkan. Namun paling tidak pun, saya yakin bahawa doa itu senjata paling ampuh untuk Mukmin, walaupun saya hamba-Nya yang banyak dosa. Itu juga harapan umat Palestin dari kita.

“Demi (hamba-hamba-Ku) yang berbaris dengan berderet-deret. (Hamba-hamba-Ku) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya. (Hamba-hamba-Ku) yang membaca kandungan Kitab Suci.” (As-Saffat 37:1-3)


@@@@@@@

Kisah ini: Briged Al-Qassam, Operasi Istiyhhaddiyah

"Seorang pejuang Briged Al-Qassam membawa bahan letupan dan meletupkan dirinya dalam sebuah kereta kebal Zionis lantas menghancurkannya di timur As Syijaiyya. Allahuakbar!"
Lalu ada seorang hamba Allah memberi komen: "Tetap berdosa. Walau dalam apa keadaan, kita tidak boleh menzalimi diri kita kerana nyawa adalah pemberian Allah dan kita patut menjaganya hinggalah Allah sendiri menariknya balik daripada kita."

Pada mulanya saya tidak mahu komen lebih-lebih. Tetapi, demi ALLAH! Saya amat terguris, hati bagaikan tersayat. Demi Allah Taala!

Saya seorang hamba Allah yang hina-dina, langsung tak sepadan dengan para Mujahid dan Mujahidah Briged Al-Qassam, Briged Syuhada Al-Aqsa dan para pejuang jihad yang lain di Palestin. Namun apabila disalahkan tindakan anggota Briged Al-Qassam di atas, demi Allah, saya terasa.

Keseluruhan Palestin - termasuk Gaza dan Tebing Barat yang terkepong - adalah tanah milik Islam, juga milik umat Islam Malaysia. Kita sepatutnya (malah sewajibnya) bersyukur ke hadrat Allah, dan berterima kasih kepada para pejuang Islam di sana yang tegar dan berani menggalas tanggungjawab jihad melawan musuh-musuh Allah itu.

Ini sekali gus menghina sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud: Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.

Kadangkala ada orang bercakap dan menulis tentang isu jihad dan perjuangan di Palestin dari sisi di lokasi lain, seperti jihad secara bom berani mati. Nasihat saya, demi Allah Taala dan Islam yang dianuti, mohon sungguh agar memahami konsep jihad dan nyawa itu. Jangan melatah menulis mengikut fahaman sempit. Kita kena faham situasi di Palestin, tidak serupa di tempat lain.

Mohon sungguh-sungguh, baca dan fahami fatwa ulama seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi. Kalau tidak mahu ikut ulama muktabar, siapa lagi mahu ikut?

@@@@@@@

Perang Armagedon pencetus awal kepada Al-Malhamah al-Kubra

Itulah antara isi kandungan novel PERANG ARMAGEDON  dari penulis daif di sisi Allah ini. Justeru, saya kongsikan sebuah laporan yang dijumpai. Mahu percaya atau tidak, terpulang. Cuma berdasarkan banyak hadis Rasulullah SAW, negara haram Israel itu bakal 'di-delete' dari peta dunia, justeru sememangnya ia HARAM!

Sebuah laporan terbaru dari badan perisikan Amerika Syarikat (AS) bahawa entiti ‘Israel‘ akan hilang dan warga Yahudi akan kembali ke negara asal mereka sebelum ke Palestin dengan jumlah sangat besar. Ada setengah juta warga Afrika di Israel akan kembali ke negeri mereka dalam jangka waktu 10 tahun ke depan, disamping ada satu juta warga yahudi Rusia serta jutaan lainnya dari Eropah.

Laporan risikan AS ini dikatakan sangat sulit sehingga dibakar. Kandungan isinya berhasil diungkap dan bahkan pihak CIA ragu-ragu negara Israel akan dapat bertahan sehingga 20 tahun ke depan.

Mantan ketua Mossad Israel, Meir Dagan mengatakan dalam wawacaranya dengan Jerusalem Post pada April 2012, “Kami sudah di bibir tebing kehancuran. Saya tidak menyampaikan ini berlebihan dan saya tidak katakan ini tragedi. Namun kami saat ini menghadapi berbagai ramalan buruk apa yang akan terjadi di masa mendatang.”

Hanya dari Allah. Seperti jangkaan awal saya, krisis jahanam onar Zionis Yahudi Israel laknat bakal merebak ke Tebing Barat, dan ia mulai terjadi awal pagi dua hari lalu (waktu Malaysia).

Kini ... pihak Zionis Yahudi akan melihat para tentera berjubah putih memotong leher-leher mereka. "Ya ALLAH, hantarkan tentera-MU MEMBUNUH SEMUA TENTERA ZIONIS YAHUDI ISRAEL! HANCURKAN MEREKA SEHANCUR-HANCURNYA! MATIKAN BENJAMIN NETANYAHU SEGERA. MUSNAHKAN KOMPLOT AMERIKA SYARIKAT. Amin ya Allah ya rabbal 'alamin."

@@@@@@@

BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon

Petaka di Timur Tengah termasuk Gaza adalah kerana doktrin Armagedon yang dirancang sekian lama. Namun, geng kuffar itu secara sombong dan angkuh tenggelam dalam dosa hanyir hasutan Iblis dan Dajjal. Kelak ... mereka akan hancur, insya-Allah.

Saya sedang menulis (walaupun masih belum siap lagi) sebuah kesinambungan novel PERANG ARMAGEDON. Salah satu info yang saya masukkan seperti di bawah:
Fahaman Zionis Yahudi dengan bantuan para sekongkol memporak perandakan dunia dan tamadun kemanusiaan. Antara jaringan halus ialah melalui sistem kewangan riba, ia senjata massa yang sudah lama yang disebut secara nyata dalam al-Quran dan diperingat oleh Rasulullah SAW. 
Hiburan cabul dan lucah dihidangkan, kerja-kerja bodoh yang mengajak umat manusia menemani Iblis dan syaitan dalam neraka diindahkan, dan sentimen bangsa digelegakkan. Manusia disibukkan dengan sempadan negara bangsa dan politik kehancuran, petaka dikata sebagai demokrasi. Kehidupan bebas laksana sang haiwan, dunia seronok dan seks bebas diangkat sebagai hak setiap individu yang wajib dipertahankan. 
Protocols of Elder of Zion digerakkan dengan kekuatan pelobi kaya Yahudi dan di bawah telunjuk Dajjal. Konspirasi demi konspirasi, helah sejarah ditata sebagai benar dan hak, lalu terbentuklah lapisan konspirasi di atas lapisan konspirasi. 
Kandungan Taurat dan Injil yang sekian lama dipesongkan dipalu canang. Armagedon dihias dengan neon kepalsuan. Iblis dan Dajjal menunggu masa yang bukan milik mereka.
@@@@@@@

Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan sebuah hadis. Abu Umamah melaporkan yang Rasulullah (SAW) berkata, “Segolongan umatku tetap memegang dan menolong agama, mereka keras kepada musuh. Tidak takut terhadap orang yang menentangnya dan terhadap apa yang menimpa mereka dari cubaan, sehingga datang perintah Allah mereka masih tetap berkeadaan begitu.”

“Sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, di manakah mereka?’

“Baginda menjawab, ‘Di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis.’”

Aku Web Sutera, pemuda beruban 40-an umurnya. Hamba Allah, banyak dosa kepada-Nya. Namun aku pemuda 40-an yang berhati muda, berjiwa muda, walaupun tidak gagah, walaupun tiada upaya untuk berjihad fisabilillah memikul senjata melawan puak Zionis Yahudi dan kuffar Ahzab. Hanya sokongan, sekadar doa. Sungguh aku sedar, doa itu senjata terampuh Mukmin.

** Web Sutera, hamba Allah yang daif di sisi-Nya.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger