Ibrah
sejarah untuk difahami, agar anasir Dajjal dilihat dari mata hati, bukan mata
nafsu, insya-Allah.
Kekacauan
yang kita saksikan di Iraq mutakhir ini dapat ditelusuri kembali semasa Perang
Dunia Pertama (WW1), ketika para pegawai/pentadbir British dalam kesepakatan sulit
dengan Perancis melakar perbatasan dunia Arab pasca kekhalifahan Uthmaniah.
Justeru musuh-musuh Islam itu membentuk negara baharu Iraq.
Wilayah Mesopotamia (nama lama Iraq) diurus tadbir sangat
berbeza selama era Uthamaniah – dibentuk secara utuh dan bijak dalam tiga
daerah yang berbeda. Daerah utara yang bergunung-gunung dari Mosul dikaitkan
dengan hub ekonomi ke Anatolia dan Syria Raya (Greater Syria), sedangkan daerah
tengah Baghdad mendukung pertanian dan perdagangan terutamanya dengan Iran dan
Barat Daya wilayah.
Daerah selatan Basrah pula memberi tumpuan kepada Teluk Parsi
dan perdagangan luar negara dengan India.
Justeru pembuat polisi British menekuni usaha dalam
melindungi telaga-telaga minyak Iraq dan Iran, serta keselamatan komunikasi
emperial mereka dengan India. Motif ini menyebabkan mereka mengubah wilayah itu
dengan memaksa penggabungan Iraq moden melalui penubuhan sebuah negara Iraq
baharu di bawah mandat komplot jahat di tahun 1920, setelah Perjanjian
Sykes–Picot 1919.
(On May 19, 1916,
representatives of Great Britain and France secretly reach an accord, known as
the Sykes-Picot agreement, by which most of the Arab lands under the rule of
the Ottoman Empire are to be divided into British and French spheres of
influence with the conclusion of World War I)
Palestin
diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa, tanpa restu rakyat di bumi itu.
Justeru ia dipastikan dimiliki oleh Rusia dan kuasa-kuasa Kristian lainnya yang
turut menanguk hasil mahsul wilayah sekitarnya.
Selebihnya di wilayah yang lebih luas termasuk Syria moden,
Mosul di utara Iraq, dan Jordan, akan mempunyai ketua-ketua Arab tempatan di
bawah pengawasan Perancis di utara dan British di selatan. Juga, Britain dan
Perancis akan mengekalkan laluan bebas dan kepentingan perdagangan di zon
berpengaruh lainnya.
Sama seperti Britain yang cuba untuk membentuk Timur Tengah
dan Arab untuk kepentingan mereka dalam era pasca Khalifah Uthmaniah,
pemerintah Amerika Syarikat mulakan Perang Dingin dengan matlamat yang sama.
Justeru pihak Rumah Putih yang bersekongkol dengan pihak Zionis Yahudi
membentuk tiga teras menjarah Timur Tengah sejak 1950-an seperti berikut:
1) Memastikan kewujudan, keselamatan dan kesejahteraan
Israel;
2) Menahan cita-cita Soviet Union (Kesatuan Soviet);
3) Memastikan mereka dapat membolot sumber-sumber minyak
mentah dari negara-negara pengeluar.
Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat (AS)
muncul sebagai kuasa besar yang begitu angkuh dengan matlamatnya. Kata mereka,
‘kini sudah tiada kuasa paling mengancam di dekad-dekad lalu’.
Persoalan seterusnya yang timbul bagi penggubal dasar AS
adalah bagaimana untuk mengekalkan pencapaian ini. Sementara objektif sama
kekal di sepanjang setiap pentadbiran Rumah Putih AS, gaya polisi untuk
mencapai objektif ini telah diubah dari satu pentadbiran ke pentadbiran yang
lain.
Justeru, melihat dengan lebih dekat polisi dan pendekatan itu
akan memberi gambaran jelas akan kemelut di Iraq dan onar semasa AS. Objektif
menakluk dan menjarah bumi umat Islam tetap kekal, dengan Israel menjadi anak
emas Rumah Putih.
** Akan bersambung, insya-Allah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment