Dalam keadaan menghadapi
migrain yang agak teruk. Sewaktu menunggu nombor giliran, aku perasan seorang
lelaki sedang membaca buku yang agak tebal. Novel tentunya!
Sesekali mataku
menjeling, mahu mengetahui tajuk novel itu. Dan lelaki itu menutup sebentar
novel yang dibaca. Masya-Allah, novel yang dibaca oleh lelaki India itu ialah PERANG ARMAGEDON - PERTEMPURAN BESAR AKHIR ZAMAN, karya sahabatku Tuan Web Sutera.
Peluang terbuka. Pesakit
disebelahnya bangun. Aku bingkas bangun dan beranjak ke sebelah lelaki India
itu.
Tanpa menunggu lama,
disebabkan migrain. Aku terus bertanya, “Maaf mengganggu, awak baca novel
Perang Armagedon, best tak?"
Lelaki itu menjawab, “Memang
best. Actually saya sudah tersilap beli buku ini. Ini kisah perang akhir zaman
from a Muslim view. Tapi bila saya baca, makin lama makin seronok. A lot of
information I got from this book."
Tiba - tiba baru aku
ternampak di dahinya. "Are you Hindu?"
"Yes, I am,” jawabnya sambil tersenyum.
Sembang kami tidak dapat
diteruskan. Nombor giliran aku telah tiba.
** Catatan sahabat Mohamad Feroz bin Mohammad Zaini, Klang, Selangor.
@@@@@@@
Foto ketiga di atas semasa sesi
sembang buku di MPH Alamanda, Putrajaya, 14 September 2014. Pemenang untuk
soalan ketiga dari saya, "Apakah nama perang akhir zaman seperti yang
disebutkan oleh Rasulullah SAW?"
Adik bernama Ahmad Nabil
ini (kiri) menjawab dengan beraninya, "Perang Al-Malhamah al-Kubra!"
Ayahandanya berkata,
"Dia suka baca buku sejarah. Memang datang mahu beli novel ini."
Saya pun meninta
kata-kata untuk novel PERANG ARMAGEDON yang dimenanginya. Saya tabik dengan
anak ini! Hadiah buku sumbangan penerbit Galeri Ilmu.
Kami adalah tentera
Allah.
Siap melangkah menuju ke
medan juang.
Walau tertatih kaki ini
berjalan.
Jiwa perindu syahid
takkan tergoyahkan.
Wahai tentera Allah,
siap siagalah.
Jangan menangis walau
jasadmu terluka.
Medan jihad akhir zaman
untuk pecinta syahid. Ayuh, wahai ikhwan ... berjihad dari sudut masing-masing.
** Foto lain juga dirakam di sesi sembang novel ini di MPH Alamanda, Putrajaya, 14 September 2014.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment