Seperti yang dimahukan oleh wakil Dajjal di
Amerika Syarikat, Barack Obama, dia memberi lesen untuk dirinya bagi menyerang
Syria. Barack Obama hanyalah penerus legasi George Bush (bapa dan anak) dan
barua Zionis Yahudi. Ancaman untuk menyerang Syria sama modus operandinya
dengan serangan ke atas Iraq, walaupun alasan mungkin sedikit berbeza.
Lesen
sudah dicop sendiri oleh Barack Obama dengan kumpulan ISIS tajaan mereka juga.
Geng Dajjal ini memberi gambaran kononnya Islam itu jahat, bahawa Islam memang
suka berperang, dan bahawa negara Islam itu hanyalah negara teroris. ISIS
dengan ‘negara Islam-nya’ menjadi lesen Barack Obama untuk menyerang Iraq dan
Syria.
Doktrin
puak-puak kuffar ialah memberi gambaran buruk kepada dunia tentang betapa
taksubnya umat Islam sehingga berpecah, berperang dan saling membunuh. Dengan
itu mereka dapat menghalang umat dunia dari jalan Allah, mahu agar dunia
melihat Islam itu suatu agama ganas dan suka berbunuhan.
Lagi
tujuan mereka ialah menjadikan dunia Timur Tengah, khususnya wilayah besar
Syam, sebagai sumber utama penjualan senjata perang. Usaha ini disasarkan supaya
Negara Islam (khilafah) Ahli Sunnah tidak dapat dibina.
Iraq,
Iran, Lebanon dan Syria ingin dijadikan wilayah Syiah, di samping negara haram
Israel, supaya Amerika Syarikat boleh menguasai wilayah itu. Maka sabda Nabi
Muhammad SAW kini semakin tercantum, sebagai usaha puak kuffar dengan kuasa di
belakangnya, yakni Dajjal, menghurung umat Islam. Petaka Armagedon kini semakin
menyerlah.
Namun
ingatlah, wahai ikhwan, Nabi Muhammad SAW ada bersabda:
“Sesungguhnya
saya melihat seakan-akan tonggak al-Kitab (al-Quran) telah tercabut dari bawah
bantal saya. Maka saya mengikutinya dengan pandangan. Tiba-tiba terdapat cahaya
terpancar yang mengarah menuju Syam. Ketahuilah, sesungguhnya iman, apabila
telah terjadi pelbagai fitnah, berada di Syam.” (Riwayat at-Thabarani dan al-Hakim)
Cahaya
Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW, bukannya
Syiah, akan tetap wujud. Justeru Allah adalah Maha Merancang yang akan
menipu-daya wakil Iblis dan Dajjal.
Insya-Allah, isu inilah yang saya cuba bawakan dalam novel Perang Armagedon dan Baitulmaqdis: Petaka Armagedon.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Insya-Allah, isu inilah yang saya cuba bawakan dalam novel Perang Armagedon dan Baitulmaqdis: Petaka Armagedon.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment