Berfikir Gaya Champion: Maju terus



Saya bukan motivator dan selebriti yang sering muncul di kaca tv, di dada akhbar atau di masjid-masjid untuk berceramah. Juga bukan seorang lulusan agama yang boleh digelar ustaz, justeru tidak layak untuk bercakap di depan khalayak yang ribuan ramainya.

Namun, izinkan saya bercerita dengan gaya tersendiri melalui buku berjudul Berfikir Gaya Champion yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu ini. Insya-Allah, saya bercerita melalui hati dan pemahaman yang diberikan Allah, bahawa kita harus menukar gaya berfikir pada banyak ketika.

Saya kongsikan satu catatan dalam buku ini. Andai sudi, mohon dapatkan di gerai Galeri Ilmu di sepanjang Ekspo Buku Islam Antarabangsa, Putrajaya dengan diskaun 20% (30 Okt. - 9 Nov. 2014). Saya berbesar hati dan mendoakan agar segala cerita dan catatan memberi manfaat kepada semua pembaca.

@@@@@@@

Saya sedar menceburi bidang bisnes banyak risiko. Salah satu risikonya ialah penipuan. Bisnes katering pun tidak terlepas dari anasir penipuan ini. Saya pun terkena sama. Ironinya para penipu tersebut ialah orang Melayu yang beragama Islam! Setakat pengalaman saya, orang Cina tidak pula berperangai demikian. Mengapa? Di mana silapnya?

Dalam buku Buat Duit dengan Katering, saya ada ceritakan secara ringkas berkenaan kes saya kena tipu. Di sini saya memperincikan sedikit salah satu daripada kes yang disebutkan. Saya acap kali mendapat pesanan katering dari si polan itu bagi majlis yang berlangsung di premis tempat dia bekerja.

Pada permulaannya majlis kecil-kecilan sahaja seperti sambutan hari lahir atau hidangan minum petang ringkas. Akhirnya saya memperoleh projek perkahwinan dan makan malam. Walaupun saya meminta bayaran deposit, tetapi hanya sejumlah kecil sahaja yang diberikan. Sebagai contoh, seandainya nilai projek katering itu ialah RM1,000, saya hanya memperoleh sekitar RM300 sahaja sebagai deposit. Begitulah bagi projek seterusnya, satu demi satu. Akhirnya wang terkumpul yang masih si polan atau syarikat si polan berhutang dengan saya mencecah melebihi RM10,000! Memang banyak, saudara dan tuan puan.

Akhirnya si polan berhenti kerja setelah banyak aduan dari pembekal servis lain dengan masalah yang sama. Ada seorang rakan katerer turut terkena getah, jumlahnya RM20,000! Lagi naya! Saya tidak puas hati. Saya ‘mengejar’ si polan tersebut. Saya juga mengadukan perihal itu kepada pihak pengurusan kelab. Bos kelab sudi memberikan beberapa ribu sebagai bayaran ansuran sedikit demi sedikit, namun jauh dari mencukupi.

Si polan juga berjanji akan membayar balik. Dia mengeluarkan tiga keping cek bernilai RM500 setiap satu dalam sela masa beberapa bulan. Malangnya ketiga-tiga cek tersebut tendang! Sudahlah si polan isu cek tendang, akaun saya pula yang didebit bank RM5 setiap kali cek tendang. Yalah, sebagai kos kurir penghantaran balik cek ke alamat bisnes saya. Cek dikeluarkan tanpa ada duit dalam akaun bank.

“Apa sudah jadi dengan mamat seorang ini?” saya melenting di depan isteri. Dia turut marah.

“Memusnahkan bisnes bangsa sendiri. Tidak tahu halal haramkah dia?” jawab isteri saya.

Isteri saya lagi terasa akan penat lelahnya seolah-olah tidak dihargai oleh si polan. Setakat pengetahuan saya, tiada komplen dari klien dan tetamu berkenaan mutu hidangan masakan. Hampir kesemua sesi katering di kelab tersebut berlangsung tatkala isteri saya sarat mengandung. Ke hulu ke hilir dia membawa perut yang semakin hari semakin membesar. Demi bisnes dan kepuasan klien, isteri saya tidak pernah mengeluh. Salahkah kalau saya dan isteri bengang?

Habis itu bagaimana kedudukan saya? Hendak berundur tidak sama sekali! Itu semua ujian dari Tuhan untuk saya. Semangat tetap membara dan terus meraduk gelombang. Rezeki dari Tuhan, bukannya dari manusia. Perjuangan tetap diteruskan.

Dalam buku Buat Duit dengan Katering juga, saya menulis, “Namun, saya tetap tidak halalkan walaupun sebiji nasi, walau setitis air!”

Demi semangat Berfikir Gaya Champion, para pembaca menjadi saksi, saya ampunkan dosa si polan dan halalkan mana yang diambilnya. Biarlah dosanya dengan Allah, Allah jua yang memberi pengampunan. Saya tidak mahu menyusahkan si polan dengan dosa kepada saya dan isteri yang tidak terampun. Nanti di hadapan Allah, bagaimana si polan mahu menjawabnya? Kasihan apabila saya memikirkannya. Demi kasih sayang sesama umat Nabi Muhammad SAW, saya redha dan halalkan.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

3 comments:

Suhailah Onn said...

"Alhamdulillah, saat saya hampir mengalah buku ini saya tatap kembali untuk bangkit. Terima kasih Tuan Web Sutera."

Bonda Nor said...

Terharu saya baca perkongsian ini tuan Web Sutera. Allahuakbar. Sudah tentu pengalaman ini berharga bukan buat tuan sahaja.. malah untuk semua pembaca. Kecil sekecil zarah pun.. setiap kebaikan dan dosa manusia tidak akan terlepas dari perhatian-Nya..

UMNO PARTI PENJARA said...

...


(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Untuk Terus BKUASA!


Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger