Alhamdulillah. Subhanallah! Tiada daya upaya
melainkan dari Allah belaka. Satu lagi proposal manuskrip lulus. REMPIT demi
redha Allah Azza wa Jalla.
Pemuda Rabbani ialah seorang hamba Allah yang mahu menerima
al-Quran secara mendalam, tekun mengikuti nasihat Rasul dan para ulama. Itu
yang dibentuk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menyediakan rakyat dan
tentera yang terbaik pada zamannya.
Apakah makna rabbani? Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menulis,
“Ar-Rabbani adalah penisbahan kepada ar-Rabb. Dia adalah orang yang mengajar
ilmu yang ringan-ringan sebelum yang berat. Dia adalah ulama ahli agama yang
mengamalkan ilmunya."
** Tinta Ibrah Web Sutera. Semoga bermanfaat.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment