“Tutup
mata kamu.” Tok Ayah Nik menyendeng tubuh ke arahnya dan menekan jemari pada
matanya.
Seketika
panik menggertak merentasi sekujur tubuh Awang. Dia melawan kehendak untuk
membuka mata dan menarik tangan gurunya agar beralih. Di dalam mindanya, dia dapat
melihat bayangan mengorak membuka lingkaran dari dinding dan mendatangi
dirinya.
“Tenang
dan tarik nafas perlahan-lahan. Jangan gopoh,” suara Tok Ayah Nik.
Awang
akur, membuka ruang dadanya dan mengisinya dengan upaya aura dalaman.
“Terdapat
hubungan antara kamu dan dunia sebelah. Ruang sebelah, sama ada hitam atau
putih, terjana dengan alasan tersendiri. Kena bijak memilih, anakku.”
Tarikan
hubungan itu semakin kuat di dalam tubuh Awang. Semakin kuat tarikan itu, rasa
takut semakin kuat juga. Dia cuba ‘lari’ dan membina suatu pertahanan berbentuk
benteng di antara dirinya dan tenaga gelap itu. Perlahan-lahan dia memberi
tumpuan.
“Jangan
menentangnya,” Tok Ayah Nik berbisik. “Laluinya dengan tenang.”
“Ambo
tak boleh,” akui Awang. “Ambo takut.”
“Rasa
takut itu bagus. Ia memberi kita kekuatan andai kita bijak. Rangkul ketakutan
kamu dan gunakan. Ketakutan itu syaitan. Tetapi jangan sesekali memasuki ruang
itu secara terpaksa atau kerana tertarik dengan fatamorgananya. Bernafas secara
biasa.”
Awang
menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya keluar secara tertib.
“Alhamdulillah.
Masya-Allah. Bagus. Teruskan.”
Menemui
rentak harmoni yang dimahukan, Awang kendurkan rasa. Kemudian kegelapan muncul
lalu menarik dirinya ke dalam. Keseluruhannya.
Awang
menyorot bentangan kegelapan yang terhampar di seluruh kawasan New York. Dia
sedang berdiri di suatu binaan berupa jambatan tinggi. Dia melingas pandangan.
Kemusnahan
merata. Terdapat kereta orang awam, kereta kebal tentera dan pesawat tempur
berbagai jenis terdampar hancur. Ada yang tidak diketahui apakah jenisnya.
Derianya
dapat mengesan pergerakan di sebelah kiri. Awang memberi tumpuan ke arah itu.
Dia melihat paling tidak sepuluh makhluk dengan susuk yang pelik-pelik.
Sekumpulan makluk aneh dengan suara garau.
Secara
berhati-hati dia cekal tetap di dalam bebayang yang menjadi perisainya. Awang
mengalih pandangan ke sisi kanan, mencari gurunya. Tapi tiada. Dia cuba mencari
akal untuk lari.
“Aku tak ada di sini. Aku kena buka
mata dan bangun. Aku kena jaga.”
Tetapi
dia tidak dapat membuka matanya. Dia tetap ‘terperangkap’ di dunia sebelah itu.
Dia melihat ke bawah.
“Jangan
melompat turun ke bawah. Terus berdiri. Tarik aura masuk,” suara bergema.
“Ingat Allah, ucap tasbih kebesaran Allah Taala.”
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA. Sudikan ke sini.
0 comments:
Post a Comment