Alhamdulillah. Subhanallah! Selama 2 hari 2 malam saya
melepek ketiduran. Bangun hanya untuk buat benda wajib, makan ubat, kemudian
tidur balik. Sekujur badan terasa lemah, panas dan sengal-sengal. Masya-Allah!
Baru sikit nikmat-Nya ditarik, sudah hilang daya upaya. Maka nikmat Allah
manakah lagi yang kau dustakan, wahai Web Sutera!
Selepas itu suatu kejadian di sebuah masjid.
“Jangan berlari-lari! Ini masjid! Kalau nak
main, pergi luar. Hormatlah sikit! Tak ada adab langsung. Bapak tak ke masjid,
suruh anak-anak jer! Inilah jadinya!" Laung seorang dewasa yang berjubah
dan berkopiah putih.
Aku
menjeling sekilas melihatnya. Aduhai, orang dewasa, mengapa begitu sekali
teguranmu kepada anak-anak? Walhal pada masa itu memang ada program untuk
budak-budak di masjid ini. Kaedah teguranmu itu salah, bro!
Berbangga dengan kebaikan dan terasa diri lebih baik dari orang
lain dengan berkata-kata kuat, ini satu musibah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment