KONSPIRASI MAHARAJA - para daie yang menunggu di pintu neraka


“Tuanku, izinkan aku,” seorang ahli tertua yang duduk betul-betul di hadapan Abu Bakar mencelah kata.

“Silakan, Umar Kaukas,” Raja Daulah Darussalam memberi izin dalam senyuman. Dia tersenyum kerana tingkah laku bijak pandai tertua itu persis macam Sahabat besar Rasulullah SAW, Umar al-Faruq. Umar Kaukas saling bahu membahu sebagai rujukan kitab-kitab lama dengan Abu Bakar.

“Walaupun begitu, Lucifer menyedari dia terpaksa berdepan dengan aura manusia-manusia alim di seluruh belahan dunia. Sehingga setiap seorang alim ulama dan ilmuan bijaksana itu dihapuskan, usaha klonnya akan terbejat sekali gus kuasa alam ghaib tidak akan berdaya digunakan sepenuhnya,” Umar Kaukas berkata.

“Semua sekali?” Raja Suleyman bertanya.

“Setiap seorang daripada mereka, hasrat utama dunia kegelapan. Paling tidakpun, mereka akan memperdaya ahli agama agar menjadi para daie yang menunggu di pintu neraka kelak. Kerana selemah manapun daya upaya fizikal mereka, aura alim ulama adalah manifestasi dan perwakilan daie yang disebut-sebut oleh Rasulullah sebagai waris Baginda di dunia.”

Semua yang ada memberi anggukan, dan ada kedengaran ucapan “Subhanallah.

“Ya. Subhanallah! Sungguh Allah Maha Suci. Sehingga itu, klon Lucifer hanya memilik kuasa supernatural terhad. Menyedari akan hal itu, risikan kita insya-Allah, menemui bahawa pelan besar amat kejam itu dalam gerakan sekarang. Kita memperoleh maklumat sahih yang genom Lucifer sudah dititipkan kepada gerembolan elit, ketuanya ialah Adramelech.”


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger