Pada
29 Mei 2016 lalu, saya berada di acara Bookfest #BigBookWork, Kompleks PKNS
Bangi, Selangor. Ia adalah tarikh ulangtahun kelahiran (bukan harijadi) saya.
Sehari sebelum itu, saya layan koleksi Top
20 Melancholic Melodic Death Metal. Maka terlahirlah bait-bait rasa ini
untuk dibacakan di sesi bicara buku di Bangi itu. Saya kongsikan.
Tunggu
dulu, kawan
usah
tinggalkan daku keseorangan
di
pentas ini
kerana
daku takut bersendirian
terkadang
waktu.
Tunggu
dulu, teman
masih
ada bicara
yang
mahu dilontarkan
lewat
bait-bait rasa.
Nanti
dulu, wahai ikhwan
... tetapi
apa adanya daku ini
sekadar
meneroka makna iman
sedang
dosa dibawa berjalan.
Justeru...
andai daku terpatah lidah
tersalah
bicara
terusik
jiwa
maafkan
daku, sahabat.
Mohon
berikan laluan ini
untuk
daku bicara lagi
dalam
mencari erti
bahawa
kita anak dunia pertiwi
sama-sama
mencari
sebuah
jalan pulang
yang
ABADI.
Saat
dan tika melankolik ini
daku
ingin bermelodi
irama
kasih dalam bermadah
mengalun
muzik buana bersepsi
tatkala
melihat dari sudut bersisi.
Maaf,
teman
maaf,
kawan
maaf,
sahabat
mutakhir
ini daku cepat terasa
penulis
marhaein yang tiada gelar
hanya
BERKELANA
untuk
kembali.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment