Namun
pertempuran untuk hancurkan Islam dan nilai-nilai kemanusiaan Islam gagal.
Sejarah yang berakhir (ditahan sebentar) atau legasi gemilang itu hidup
kembali. Perasaan dan fikiran kembali ke dalam hati iman yang pernah menjadi
takhta kebejatan hasil tusukan dunia asing yang langsung tidak natural.
Barat
memandang dengan cemas, kerana peradaban besar ini mulai meningkat. Justeru
mereka cuba untuk kesekian kalinya membedil dunia dengan racun yang menyatakan tempur ini ialah demi hati dan
pemikiran mereka, demi untuk kekalkan supremasi liberal, juga doktrin kesamaan
dan kebebasan tiada tara yang palsu.
Namun
sel-sel penjara Bagram, ketidakadilan Guantanamo, kekejaman Fallujah dan dalam
banyak penjara rahsia di seluruh dunia, ternyata gagal. Gagal dengan pesawat
dan teknologi dron serta gerembolan militeri upahan berupa geng-geng ala-Mafia
dan ala-Yakuza.
Bercakap
tentang kebebasan dan kesaksamaan? Walhal... apa Barat buat untuk pelarian
perang yang mereka juga mulakan! Kesaksamaan konon, sedangkan ekspresi politik
Islam di Mesir dihalang. Maknanya ialah apa sahaja dibuat untuk menghalang
Islam dari diamalkan di mana-mana jua. Ia pelan ribuan tahun, bahkan mungkin
jutaan tahun?
** Sudikan baca di sini.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment