Beli Novel RAJA KESATRIA, Percuma Kitab AMALAN ORANG SOLEH


Insya-Allah, ini hadiah dari saya. Dapatkan novel terlaris saya RAJA KESATRIA pada harga RM20, dengan percuma postage dan kitab Amalan Orang Soleh (RM6). Sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan hanya 50 set.

Kitab Amalan Orang Soleh
Amalan zikir, wirid, selawat, doa bersandarkan hadis Nabi SAW, dan amalan ulama. Disertakan nama Syeikh (Guru) yang mengijazahkan setiap amalan. Sesuai bagi orang awam, pelajar universiti, pondok, tahfiz, Imam, pendakwah, dan yang mengikuti pengajian bersanad.

Antara amalan: Pemagar Diri, Selawat Ummi, Manzil, Bimillah 786, Surah pilihan, Pendinding Diri, Keluarga dan Harta Benda, serta banyak lagi.

>> HUBUNGI SAYA melalui WhatsApp (nombor dalam poster) atau dm/pm.

Raja Kesatria
Kamu Alexander, tidak tidur di waktu malam.
Wahai Raja, mengapa matamu redup dalam bersiaga?
Duhai Zulqarnain, adakah jiwamu berkelana?
Ke mana mencari takdir dan meneroka tadbir?
Adakah ke samudera yang bergelombang?
Menelusuri cinta yang menghempas pantai?
Medan diraduk, lautan diseberangi... hutan dan gunung ditawan!


Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran?

Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama. Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia. Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab.

Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan dari belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger