AKU NEKAD, BUKAN BELASAH!


Memang berniaga mahu untung. Namun sebagai Muslim, harus berfikir gaya terkedepan, seperti wawasan Rasulullah. Dalam sebuah buku tulisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, beliau menulis (saya ubah sedikit), "Untung berniaga tidak semestinya dalam ukuran duit semata-mata. Ihsan dan timbang rasa adalah untung juga bagi peniaga Mukmin.”

Di sisi lain, untung berniaga juga adalah berasa cukup dengan rezeki titipan Allah, tenang dalam bermuamalat, dan beribadat.

Ebuku DIARI MAT KATERER (166 muka surat, saiz A5) diberi percuma kepada semua pembeli buku antologi UP TO YOU.

UP TO YOU | Seluruh kehidupan adalah ujian dan kita tidak boleh lari daripada tugasan untuk membuat pilihan. Saat berdepan setiap ujian-Nya, apa pilihan kita? 20 kisah/cerita dimensi tarbiah yang menggugah jiwa.

Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran!

Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.

Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.


DIARI MAT KATERER | Kisah harian seorang aku sebagai Mat Katerer. "Cerita jatuh bangun aku dalam bisnes; kisah suka duka ... atau apa sahaja. Yang penting ialah doa aku supaya kau orang faham satu perkara. Usaha tanpa doa adalah sia-sia atau sekadar dapat duit, tapi tak faham hikmah di sebaliknya."

** Hubungi saya melalui saluran komunikasi tertera; WhatsApp, Telegram, FB, IG, Twitter. Semoga bermanfaat.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger