KONSPIRASI ARMAGEDON DAJJAL


Fallen angels, kata orang Barat dan ianya tercatat dalam banyak bahagian Old Testament, New Testament dan Talmud. Kisahnya amat panjang, sebermula dari hasad dengki dan keangkuhan Azazil yang tersumpah laknat oleh Allah Azza wa Jalla di alam kayangan. Lalu ia membuar dendam berdarah sekian lama.

Sekumpulan fallen angels mahu merobek dan meratah nurani serta keberadaan bangsa manusia dan jin di alam raya, khususnya planet Bumi. Justeru pelan dalam Ultimate Prophecy digiatkan bagi matlamat Armagedon. Namun dalam masa yang sama, pelan dan onar dari alam kegelapan itu disedari oleh sekumpulan jin Islam dan manusia yang mencari kebenaran kejadian makhluk. Lalu tipu daya bersalut hijab kehitaman digalang dengan tipu daya juga oleh makhluk-makhluk Islam yang tidak mahu melihat pelan Ultimate Prophecy menjadi kenyataan.

Kata Rasul, peperangan itu tipu daya. Maka berasas kepada sabda Rasul itu, makhluk beriman pada Yang Maha Esa berkerjasama untuk kebaikan dan keseimbangan jagat raya. The Great War, The Final Battle, pertempuran besar dan penguasaan banyak wilayah muka bumi menjadi matlamat gerembolan fallen angels.

Kisah alam yang sarat ancaman, pembunuhan, kongkalikong, pengkhianatan, pembohongan dan kekejaman. Lucifer berazam akan menyimbah darah yang melata! Geng fallen angels yang diketuai oleh Lucifer dan Eye One mengatur strategi. Walhal makhluk baik turut mengatur strategi balas.

Watak-watak
Lucifer – Ketua dunia kegelapan. Perwakilan Iblis.
Eye-One – Dajjal, makhluk kedua yang menjadi sekongkol Lucifer.
Satanael - Ketua Majlis Hitam alam kegelapan.
Adremelech – Wakil utama kerajaan Lucifer di dunia manusia.
Vlad Drakul yang sentiasa hauskan darah. Ketua legion vampire.
Moloch - Komander tentera elit Lucifer.

Dr. Hizam Al-Fateh – Pemuda Melayu sebagai hero utama. Pandai ilmu silat dan jin.
Profesor Dr. Adnan Gul – Orang Turki yang pandai ilmu arkeologi dan dunia syaitan.
Albert Lambert – Bilionir yang menyokong Islam.
Dr. Chris Cohen – Pengkaji kitab-kitab lama. Anak murid Prof. Dr. Adnan Gul.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger