MENUJU MALAYSIA YANG MEMBACA (1)


Assalamualaikum, tuan dan cikpuan budiman. Subhanallah, Alhamdulillah, LailahaillAllah, Allahu-Akbar, Lahawlawala Quwwatailla billah ilaliyyilazim. Semoga Malaysia lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Andai tidak, kita terus berusaha agar negara berada dalam suasana kondusif dalam meraih redha Allah Taala.

Terima kasih khas untuk para pembeli zine swaterbit pertama saya; kisah seram-mistik ROH PUAKA KANDANG. Sokongan yang diberikan mengujakan kerana sudah dua tahun saya tiada karya solo yang dibukukan. Untuk makluman, saya masih membuka tawaran RM15 termasuk postage untuk belian zine itu. Stok SANGAT TERHAD. Namun insya-Allah, andai permintaan banyak, saya akan mencetak semula zine ini dengan sedikit perubahan. Mohon terus menyokong karya-karya swaterbit saya, kerana masih ada manuskrip yang bakal menyusul.


Dalam pada itu, apa dia TADBIR & TAKDIR ILAHI dan DIARI MAT KATERER? Ia adalah catatan hidup dan pengalaman sebenar. Yang pertama dari catatan asal almarhumah Bonda saya, Hajjah Mek Yah bt. Haji Mat Amin. Manakala yang kedua ialah pengalaman saya melestarikan dunia bisnes katering selama ini.

Kedua-dua catatan ini saya terbitkan dalam platform Wattpad - https://www.wattpad.com/user/Websutera. Kepada kawan-kawan yang belum tahu, karya-karya ini boleh dibaca PERCUMA di Wattpad ini. Justeru sebagai hadiah untuk para pembaca, karya-karya ini akan diswaterbit dalam bentuk e-book, pada ketika yang sesuai. Saya akan tawarkan kepada pembeli pakej istimewa karya-karya saya nanti.


Sementara itu, sudilah baca TADBIR & TAKDIR ILAHI dan DIARI MAT KATERER di Wattpad dahulu. Sekiranya bacaan rancak dan banyak komen, saya akan lebih kerap mengemaskini.

Di sini juga, mohon respons andai tuan dan cikpuan berminat untuk dapatkan e-book percuma ini nanti. Juga hubungi saya untuk dapatkan zine yang baru saja diposkan ke seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Brunei semalam dan hari ini (Jumaat dan Sabtu, 8 – 9 Feb. 2019).

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
** Dare to be different!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger