BUKU PUISI TAK LAKU?


Puisi atau mungkin sajak adalah genre pertama penulisan saya, sebermula di bangku sekolah menengah bawah (tingkatan 1 - 3). Tatkala itu saya berada di Besut, Terengganu. Kemudian saya kembangkan minat itu semasa berada di Asrama Felda Kuala Lumpur, sehingga ke universiti. Di waktu itu saya gunakan nama pena Naga Buana. Tetapi malangnya, semua catatan puisi atau luahan hati itu hilang entah ke mana.

Berpuluh tahun kemudian saya beranikan diri menghantar himpunan puisi untuk sebuah sayembara ITBM. Pastinya waktu itu saya berasakan mahu lepas tangga pertama barisan penilai pun payah lantaran menyedari begitu ramai otai atau pakar penulisan puisi yang turut serta. Benar belaka, setakat menerima surat 'Penerimaan Manuskrip' dari pihak ITBM. Terima dengan senyuman,

Kemudian cuba menghantar beberapa buah puisi untuk satu pertandingan di bawah penerbit Kata-Pilar Books. Juga dalam hati terdetik 'tak lepas ni', kerana sedia tahu siapa di belakang penerbit ini. Nyata benar sekali. Terus bersabar dalam redha menerima komen dari penilai.

Namun rezeki untuk melihat himpunan puisi diterbitkan akhirnya muncul. Tuan Shah Othman, bos Buku SO bersedia menerbitkannya setelah berbincang ringkas pada satu acara buku indie di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Terbitnya PUISI TAK PUITIS, dicetak 200 naskhah sahaja.

Dalam tempoh kurang 2 bulan, ia habis terjual! Wah, siapa sangka! Jangan ditanya bagaimana saya dan penerbit jual, yang nyata habis. Justeru begitu teruja, naskhah yang saya ada dijual semuanya... sehingga sebuah pun tiada dalam simpanan. Apabila saya bertanya kepada Shah Othman, dia kata, "Saya hanya ada sebuah saja, Pak Web dalam simpanan peti besi."

Dalam penolakan pihak penerbit terdahulu, saya suakan PUISI TAK PUITIS kepada Tuan Aloy Paradoks - full, salah seorang penggerak tegar geng buku/puisi indie. Apa katanya setelah beberapa ketika membelek dan membacanya? "Puisi abang ini jenis puisi bebas." Dia menerimanya dengan baik.

Pada ketika lain, saya ambil kesempatan menyuakan buku puisi yang sama kepada otai seni Tuan Pyanhabib Rahman (foto). Dia ambil masa membelek dan meneliti. Kemudian dia menarik saya untuk bergambar, sebelumnya dengan menunjuk tanda bagus kepada saya.

Saya puas hati, walaupun mutu PUISI TAK PUITIS tidak setanding dengan hasil penulis-penuls puisi/sajak lain yang jauh lebih mapan. Dan saya memperoleh royalti penuh dari penerbit Buku SO, sebaik sahaja buku ini habis dijual. Licin!


Insya-Allah saya akan terus menukang rangkap-rangkap puisi atau mungkin luahan hati dalam bentuk baris-baris ayat prosa atau puisi. Terkini saya mengumpul puisi LELAKI PEMBAWA BUNGA. Hajatnya mahu diterbitkan dalam versi ebuku (dengan bernombor eISBN dari PNM), yang akan saya hadiahkan kepada pembaca yang sudi secara PERCUMA.

Tunggulah, wahai tuan dan cikpuan yang sudi.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger