Sesungguhnya saya tidak dapat melupai kenangan bersama Tompok. Dia menjalani kehidupan bersama saya selama sepuluh tahun. Kekesalan saya sampai kini apabila mengenangkan di waktu saya memarahinya bersama anak-anaknya yang empat ekor dahulu.

Mujurlah semasa Tompok dan anak-anaknya tidak naik ke rumah setelah saya mengarahkan supaya berbuat demikian, tiada seekor pun anak-anaknya yang mati. Selama lima hari Tompok tidak makan. Anak-anaknya hanya menyusu dengan ibunya sahaja. Seandainya salah seekor anak-anaknya mati, pasti sesal saya tidak akan berkesudahan. Saya bersyukur kepada Allah.

Kenangan semasa saya turun ke bawah rumah melihatnya tidak pernah luput dari ingatan. Si Tompok melihat mata saya lama. Dia hanya senyap tidak mengiau atau berkata apa-apa.

Di waktu itulah saya menangis apabila memahami bahawa Tompok dan anak-anaknya kelaparan. Sebaik sahaja saya menyuruhnya naik ke rumah untuk makan, selajur dia dan anak-anaknya naik. Saya melihat badan Tompok kurus kerana tidak makan selama lima hari.

Sebaik sahaja nasi yang dicampur dengan ikan rebus siap disediakan, Tompok dan anak-anaknya memakannya dengan lahap. Habis sepinggan penuh. Selepas itu saya tidak tega untuk memarahinya lagi. Si Tompok seekor kucing yang sensitif perangainya dan memahami cakap-cakap saya.

Selamat tinggal, Tompok. Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah yang Maha Esa. Saya berdoa semoga kita bertemu lagi di alam akhirat nanti. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.

*💕 Dipetik dari TAKDIR DAN TADBIR ILAHI, sebuah ebuku.

Saiz: 12.7 cm x 17.8 cm.

Muka surat: 290.

Harga: RM10.

Boleh dibeli melalui Shopee. Mohon klik di sini.


** Web Sutera - Seorang anak kampung yang biasa dengan selut dan lintah sawah, berjerih juga bersama orang tua menuai kelapa sawit. Berasal dari Besut, Terengganu dan kemudian berhijrah ke Kota Gelanggi 1, Jerantut, Pahang. Leluhur sebelah Mek dari Jawa dan Pattani.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger