Guan Eng cakap serupa bikin - Malaysiakini

Syabas dan tahniah YAB Lim Guan Eng. YAB menjadi salah satu contoh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang cakap serupa bikin. Ketika permulaan kemenangan PR di Pulau Pinang di PRU12 lalu, ada rakan-rakan Melayu saya risau dengan peralihan tampuk pemerintahan yang diberikan rakyat di sana. Kata saya kepada mereka, “Jangan risau, insyallah Guan Eng orang politik yang matang dan sudah lama bersahabat dengan PAS. Dia tahu menghormati kita semua.”

Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT), tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Demikian antara ucapan yang disampaikan beliau dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini. Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan RM300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar al-Quran.


Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Guan Eng mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan. Dengan itu masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.


Nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap orang mematuhi ajaran (agama) yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidaktamadunan.

"Usaha kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu dan berguna pada semua keadaan.”


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger