Gabungan PAS, PKR dan DAP terbukti berjaya – Mustafa Ali

19 Ramadhan 1430H: Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dipetik oleh Harakahdaily bahawa tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.

Mustafa menegaskan PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno jika hubungan yang mahu dibina itu untuk kepentingan masyarakat umum, ummah dan negara serta mengadakan hubungan antara kerajaan dan kerajaan.

"Jika (Perdana Menteri Malaysia) Najib maksudkan mahu berunding dengan PAS untuk mengadakan hubungan dari sudut politik, saya ingin tegaskan kita tolak kerana sejak tahun 1999 hingga 2008 sudah ada hubungan politik antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Hubungan politik yang kita (PAS) bina antara DAP dan PKR dalam konteks demokrasi untuk menghadapi pilihan raya sudah terbukti berjaya hingga membentuk kerajaan di lima buah negeri.

"Selain kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, hubungan politik antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat juga sudah membuktikan kejayaan dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008 hingga kini.”

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger