Persepsi Melayu bila tengok kita gemar membaca

Saya memang suka membaca, termasuk novel bahasa Melayu dan Inggeris. Saya sentiasa membawa buku bersama walau ke mana saya pergi. Pada satu ketika semasa sesi katering, saya membawa novel Inggeris bertajuk Exposure oleh R. J. Peneiro dan membacanya semasa waktu senggang sementara menunggu pelanggan-pelanggan makan.

Salah seorang rakan lelaki, tuan punya bisnes butik kecantikan yang memesan katering itu, menegur saya semasa sedang asyik membaca novel tersebut. Dia berkata,”Kau baca novel? Jiwang’ betullah.” Padahal novel yang saya baca ialah sebuah kisah thriller berteknologi tinggi yang berkisar kepada satu cip komputer dalam litar elektronik yang tersalah fungsi, lantaran adanya pepijat (bug).


Pada hemat saya, perkataan ‘jiwang’ adalah berasal dari ‘jiwa’ yang bermaksud seseorang itu mempunyai jiwa atau pencinta.
Jadi jika anda meminati novel, maknanya anda mempunyai jiwa dan seorang pencinta. Memang saya pencinta buku, jadi saya ‘jiwang’ dengan buku.

Fonomena membaca yang dikaitkan dengan ‘jiwang’ ini sudah wujud sejak lama dahulu. Mengapa penggemar novel dikatakan ‘jiwang’? Saya kira kerana sejak sekian lama pasaran buku-buku Melayu dilambakkan dengan novel cinta, sehinggakan sesiapa yang membaca dikatakan ‘jiwang’, padahal dia membaca buku sejarah.


Kata Sasterawan Negara A.Samad Said, “Kita merindu buku dan ghairah membaca agar sentiasa canggih dan berhemah.”


Ya, saya pernah memperkatakan hal kebanjiran novel cinta berbahasa Melayu dalam pasaran kita. Memang berlambak. Tidak kurang juga novel cinta yang cuba dilambakkan dan didoktrinkan ke dalam minda anak Melayu amat rendah mutu dan nilai moralnya.


Namun begitu, kedapatan juga novel cinta yang menjuruskan sebuah cinta suci; cinta kepada Rasulullah dan Allah. Justeru itu, kemunculan fiksyen dan novel sejarah di pasaran Malaysia mesti diteruskan. Semoga isu perjuangan dan cinta suci untuk mencari keredhaan Allah menjadi sastera alternatif kepada sekian banyak novel cinta sesama insan.


Dalam masa yang sama, saya kira, kebanjiran novel cinta bahasa Melayu yang menyentuh cinta muda-mudi yang berakhlak, sedikit sebanyak dapat menjadi tabir kepada budaya fiksyen bahasa Inggeris yang sekian lama mendominasi dunia sastera Malaysia.


Fiksyen cinta bahasa Inggeris terlalu menjurus kepada seks dan kepuasan nafsu semata-mata


Sesungguhnya dari sekecil-kecil persoalan kopiah dan terompah, Islam telah melingkari pembentukan diri, keluarga, masyarakat, ekonomi, seni, sastera, hiburan, pendidikan, sains, sejarah, falsafah; hinggalah kepada persoalan perundangan, pemerintahan, emosi, dan psikologi.

Saya dan saudara ada pilihan.
Apa pendapat saudara semua?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger