Harga barangan keperluan tidak naik? Ada wang di sebalik batu?

Agensi berita Bernama melaporkan bahawa orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya kepada khabar angin mengenai kenaikan harga minyak serta barangan keperluan yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh kerajaan mengenai kenaikan harga minyak atau barangan keperluan, orang ramai boleh menganggap ia sebagai spekulasi semata-mata.

"Mengenai harga minyak, setakat ini tidak dimaklumkan mengenai sebarang kenaikan. Bulan lepas pun orang kata minyak hendak naik harga, tapi belum naik. Bulan lepas juga, orang kata macam-macam barang akan naik harga, tapi masih tidak naik.

"Saya hendak beritahu kepada rakyat, selagi tidak ada pengumuman oleh kerajaan untuk sebarang kenaikan, ia hanya spekulasi,” katanya.

Beliau berkata, spekulasi sebegini kadang-kadang boleh menimbulkan situasi panik khususnya di kalangan pengguna, manakala ada pemborong dan peruncit pula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. (Bernama)

Khabar angin berkenaan sesuatu barang akan naik bukan tidak berasas langsung. Selalunya kerajaan UMNO/BN cuba hendak merahsiakan dari rakyat. Tup-tup khabar yang dikatakan 'angin' itu benar! Sudah banyak kali terjadi, jadi aku sebagai pengendali perkhidmatan katering agak skeptikal dengan pengemuman ini. Ada wang di sebalik batu!

Aku beli barang-barang mentah masakan bukannya dalam jumlah yang sedikit. Jadi sebarang perubahan harga memberi kesan besar kepada bisnes aku.
Aku tak beli gula sekilo atau dua kilo, tetapi satu guni (30Kg). Aku tak beli sawi sekilo, tetapi 10 kilo!

Sudahlah Ismail Sabri. Jangan cuba menegakkan benang yang basah. Dari satu segi pihak kerajaan sebenarnya boleh mengawal sebarang kenaikan harga minyak atau barang keperluan utama lain. Jangan biarkan pemborong monopoli harga dan kerajaan hanya mengikut telunjuk peniaga kapitalis itu.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger