Aku faham, engkau faham, adakah UMNO faham?

3 Rabiulakhir 1432H - "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah hanya dengan Islam. Apabila kita mencari selain Islam sebagai cara hidup, bersedia menerima kehinaan dari Allah." (Khalifah Umar al-Khattab)

Umar al-Khattab sentiasa bertanya Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) bila boleh berjihad untuk membalas kembali onar cemar kafir Quraisy menghina, mencederakan dan membunuh umat Islam yang baharu sahaja berkembang. Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) menyuruh Umar bersabar dahulu.

Pada suatu hari turunlah ayat Allah membenarkan perang jihad dilancarkan. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) mengenai ayat Quran tersebut, Umar terus pulang ke rumah dan tanpa berlengah mengasah pedangnya. Pada mulanya Umar tersenyum, namun kemudian dia bersedih dan menangis.

Isteri Umar bertanya mengapa dia menangis. Umar menjawab bahawa dia menangis kerana teringat kejahatannya semasa kafir dahulu. Semua dosa besar dia lakukan, termasuk minum minuman yang memabukkan, membunuh dan menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Itulah antara tanda taubat sahabat Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) tersebut. Umar juga ada bertanya tentang hal kejahatannya dahulu kepada Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam). Apa jawab Rasulullah? Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) menegaskan bahawa Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan taubat Umar diterima oleh Allah.


** We provide catering services for the following; courses, training and seminar, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.


1 comments:

Unknown said...

salam..mohon link blog ana http://addin77.blogspot.com.blog anta dh dilinkkan..t.kasih

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger