DNA babi: Kenyataan Secret Recipe dan produk Puratos Malaysia

21 Jamadilakhir 1432H - Mengenai isu penemuan DNA babi seperti yang diumumkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Melaysia (JAKIM), saya blogkan di sini.

Kenyataan pihak JAKIM seperti berikut:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder) yang digunakan syarikat tersebut.
Di bawah ini pula kenyataan oleh pihak Secret Recipe:

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami.

Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut:
P/s: Perkara HALAL dalam Islam bukan perkara main-main. Diminta semua syarikat pengeluar produk makanan di Malaysia jangan meremehkan hal maha penting ini.

2 comments:

murad said...

blog xbes la..

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Tuan Murad. Alhamdulillah. Terima kasih atas jejak :-)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger