Tolak korupsi BN dan politik perkauman Utusan Malaysia

11 Jamadilakhir 1432H - Manipulasi matlumat dan penyebaran berita fitnah oleh akhbar lidah UMNO-Barisan Nasional, Utusan Malaysia kini telah melampaui batas. Pihak

Angkatan Muda Keadilan Selangor mengecam sekeras-kerasnya politik fitnah dan perkauman melampau oleh UMNO-Barisan Nasional dengan penerbitan berita fitnah yang melaporkan bahawa penganut agama kristian dan DAP mendoakan agar tertubuhnya agama kristian sebagai agama persekutuan.


Seminar yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan penganut Kristian itu yang sebenarnya membincangkan masalah rasuah, diputar belit oleh akhbar Utusan UMNO-Barisan Nasional sehingga membangkit sentimen perkauman dengan mengatakan bahawa pihak DAP dan penganut Kristian ingin menukar agama Kristian sebagai Agama Persekutuan.


Pihak Pakatan Rakyat melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh setiap parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat dengan jelas berpegang kepada prinsip perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.


Manipulasi media ini jelas menunjukkan bahawa pihak UMNO-Barisan Nasional takut dengan pemuafakatan pelbagai agama termasuk Islam, Kristian dan Hindu di dalam menolak rasuah dan politik fitnah UMNO-Barisan Nasional. Slogan 1 Malaysia jelas membuktikan gimik politik semata, tanpa sediaan politik untuk menerima kepelbagaian.


Lebih malang tindakan Utusan Malaysia yang menghasut dan membakar sentimen agama ini diberi teguran ringan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.


Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat berpegang teguh dengan Perlembagaan Malaysia, malah pengalaman di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Islam lebih berkembang subur kerana budaya politik baru yang dibawa.


Pihak Angkatan Muda Keadilan Selangor juga ingin member amaran kepada pihak media UMNO-Barisan Nasional bahawa politik sempit perkauman tidak menguntungkan mana-mana pihak, kecuali UMNO-Barisan Nasional. Rakyat akan terus mara untuk berjuang ke arah Malaysia Baru yang aman dan harmoni.


-- Oleh Mohd Saifullah bin Mohd Zulkifli, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Selangor.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger