Aku jual barang, Asalkan Bukan UMNO!

Saya ada barang/servis mahu dijual. Tengah hari tadi ada sesi katering doa selamat di sebuah kondo, Desa Melawati, Ulu Klang, Selangor. Malas mahu bergebang dengan tetamu, jadi saya membaca. Alih-alih seorang tetamu, iaitu ayah mertua kepada tuan rumah menegur. Maka gebang bemula, jadi panjang pula.

Bermula dengan cerita bisnes sehinggalah ke topik membaca buku dan penulisan. Beliau pun menyebut Goodreads Malaysia dan pecah cer
ita bahawa seorang ahlinya, Tuan Khairul H, adalah anak beliau, yang kerap berdiskusi dengan saya dalam grup gila buku tersebut.

Akhirnya beliau berkata, "Daging masak lemak cili padi sedaplah. Masak sendiri?" Saya mengiakan sambil tersenyum.


Di samping menjual servis katering, saya juga menjual novel yang masih belum terbit lagi! Saya suka kerana beliau kagum dengan minat pembacaan orang Melayu, termasuk insan daif ini, yang menjual secara santai. Tanggal 1.1.2012, saya tidak menjual kezaliman, kerana kezaliman itu kejahatan Taghut!


Selamat tahun baru 2012, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dan Dato' Seri Hishamuddin bin Hussein Onn! Pentadbiran PM Najib tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diuar-uarkan. Pagi-pagi buta agennya (FRU dan polis) sudah belasah orang! Cet!


Nukilan Ustaz Riduan Mohd Nor, "Tirai tahun baru disingkap dengan sejuta kezaliman."Arab Spring" di tanahair kita, darah mula menitis ke tanah. Penguasa tirani seperti menempah gerah, menyimbah marak api dengan benzin yang akan memadam sumbu-sumbu kezaliman. 2012, tahun talkin regim tirani!"

AYUH NYAHKAN REGIM TIRANI PIMPINAN PM NAJIB!


Cakap PM Najib satu seng kakah pong tok leh paka! (baca stail cakap Ustaz Azhar Idrus). A.B.U!


Asalkan Bukan UMNO (A.B.U) keparat!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger