Kapal dagang Israel ke Malaysia?

Masih bisu dan terkedu, regim (UMNO-BN) masih gagal menjawab penghantaran minyak sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Pelabuhan Kelang di Selangor.

Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim UMNO.

SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).

-- che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), 20 Feb. 2012.

** Siapa sahaja; Anwar Ibrahim, PM Najib dan sesiapa sahaja di Malaysia dan umat Islam, HARAM mengiktiraf NEGARA HARAM LAGI JAHANAM ISRAEL itu! Ada fahamkah?

Berkaitan:
Apa cerita minyak kelapa sawit Malaysia?

Hamas memang pejuang kota suci Baitulmuqaddis
Palestin: Syahid atau kemenangan!
Membebaskan Masjid al-Aqsa kewajipan umat Islam

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger