Teguran TG Nik Abd. Aziz sopan, berhemah – Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.

Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.

“Teguran Nik (Abd.) Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja. Ia berbeza dengan UMNO-Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin,” tegasnya.

Tambahnya lagi, UMNO-BN tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil separuh sahaja yang mempunyai kenyataan berhubung Israel.

“Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.


Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan,” ujarnya pada sambutan Maulidru Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.


Ketua Pembangkang itu turut memberitahu perkara ini timbul apabila sikap Umno yang tidak mengambil fakta yang penuh tetapi hanya mengolah kenyataan dalam sudut mereka sendiri.


Dalam satu kenyataan pada 13 Februari lepas, Nik (Abd.) Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel sebagaimana yang disiarkan Wall Street Journal (WSJ).

Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya jika apa yang disiarkan itu tidak benar.

Ekoran itu, Anwar akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz bagi menjelaskan isu Israel itu.

--- Laporan asal dari Harakah
oleh Muhammad Faizal.

** Saya suka kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, insya-Allah. Begitulah seorang negarawan ulung yang dilengkapi sikap bertolak ansur.

Sebelumnya:
Apa cerita, Anwar Ibrahim?
Negara Haram Israel: Teguran Tuan Guru Nik Aziz Wajar – SAMM Johor


Berkaitan: Mesej cintaku terhadap saudara Anwar Ibrahim: Bermuhasabahlah

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger