Peperangan secara konvensional – Patani Kini

Perdana Menteri Thailand telah membuat lawatan berjumpa rakan sejawatnya di Malaysia. Khabar yang dimaklumkan melalui akhbar ialah beliau memohon dari Malaysia supaya disediakan apa saja bantuan dan kerjasama untuk berdepan dengan para Mujahidin Patani. Beliau membuat kenyataan, “Kami bersetuju bahawa masalah ini adalah masalah dalaman Thailand, dan mendesak penduduk selatan supaya mengenepikan perjuangan kemerdekaan Patani. Mereka juga mesti menolak cara keganasan dan mesti menjadi rakyat yang setia pada Maharaja Thai.”

Beliau menambah lagi "dengan asas yang demikian kita mesti berusaha mencari jalan penyelesaian. Penglibatan ekonomi yang lebih luas dan isu yang sensitif bagi ummah Patani harus dititik beratkan."

PM Thailand menyatakan bahawa Malaysia memberi jaminan membantu untuk mencari jalan penyelesaian yang kekal bagi masalah tersebut.

Adalah jelas bahawa penjajah Thai masih mahu meneruskan dasar tindas, bunuh, paksaan dan pembohongan terhadap rakyat Patani. Mereka masih begitu yakin bahawa mereka akan berjaya dengan dasar penghapusan etnik dan pencabulan secara besar-besaran.

Sejak akhir-akhir ini mereka meningkatkan keganasan ala-Serbia terhadap-orang-orang kampung. Srategi terakhir ialah dengan menarik balik pasukan tentera tetap ke utara. Mereka menggantinya dengan tentera upahan dengan mengambil orang-orang tempatan ke dalam pasukan ‘Seghe Pran’. Pasukan ini sangat terkenal dengan keganasan dengan membunuh membuta tuli dan merogol perempuan-perempuan kampung.

Dasar memperalatkan orang-orang Melayu terutamanya yang pernah bertugas dalam parti perjuangan masih diteruskan. Mereka juga memperalatkan bekas wakil rakyat melayu, NGO-NGO Islam dan golongan Wahabi bagi melobi ummah untuk menerima otonomi ala mereka. Ramai juga pemimpin-pemimpin dalam negara dan tokoh-tokoh Patani di luar negara yang termakan dengan pujukan ini.

Tidak mustahil mereka sekali lagi akan mendesak pemerintah Malaysia supaya memaksa Mujahidin Patani menerima rancangan damai mereka.

Kita tidak menghalang kalau kerajaan Malaysia mahu bersikap proaktif dalam urusan dengan kami. Tetapi setiap perbincangan harus juga mengambil kira aspirasi rakyat Patani yang mahu pemerintahan sendiri. Rakyat Patani harus diberi peluang memilih hala tuju dan masa depan sendiri.

Sepatutnya penjajah Thai dan jiran-jiran Asean telah sedar bahawa kewujudan negara Patani bukan lagi satu khayalan atau cakap-cakap kosong. Kesungguhan rakyat Patani mengangkat senjata dan berjuang bermatian bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ianya suatu realiti yang tidak boleh tidak harus terjadi, iaitu Patani sebagai sebuah negara berdaulat yang hidup ditengah-tengah masyarakat Asean.

Perjuangan Patani tidak boleh disamakan dengan perjuangan rakyat Aceh (di Indonesia) atau Moro (di Filipina). Kami mempunyai latar belakang sejarah dan corak geografi yang berlainan. Setiap hari kemarahan rakyat Patani terhadap penjajah Thai makin meningkat. Istilah baharu yang diberi kepada tentera Thai ialah ‘Babi’. Ini menandakan bahawa setiap pengganas tentera Thai wajib dibunuh tanpa soal.

Sekali lagi kita ingin menasihati mereka yang sentiasa menyambut agenda bohong penjajah Thai supaya berhenti dengan tindakan ini. (Terutamanya golongan peace building yang di pimpin oleh saudara Michael HDC).

Semua pihak termasuk OIC pun sudah maklum dengan lakonan mereka ini. Begitu juga dengan bekas-bekas wakil rakyat Melayu, NGO-NGO Islam. Hentikanlah tindakan saudara-saudara yang hanya menguntungkan penjajah dan merugikan masa depan tuan-tuan itu.

Perjuangan sedang menuju era seterusnya, iaitu peperangan secara konvensional!. Mari sama-sama kita merapatkan saf. Buat kerja-kerja yang lebih berfaedah. Berusaha supaya rakyat lebih sedar bahawa mereka masih dibawah penjajah Musyrikin Thai.

** Sumber: Patani Kini, 23 Februari 2012.

** Saya sentiasa menyokong usaha dan pejuangan jihad pejuang Islam Patani, insya-Allah. Walaupun saya mungkin keturunan Melayu-Patani yang 'derhaka'.

Berkaitan:
Sri Negara-Patani (1)
Sri Negara-Patani (2)
Sri Negara-Patani (3)

Sri Negara-Patani (4)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger