Tawaran Terbaik: Ensiklopedia Sejarah Muhammad 3 Jilid

Saya sudah dapatkannya semalam, 24 Mac 2012. Tuan, puan dan cikpuan bila lagi? Memang berbaloi, insya-Allah. Tidak rugi melabur untuk sebuah buku yang baik.

Sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan Rasulullah semasa awal permulaan Islam mendapat tentangan yang cukup hebat di kalangan kaum Arab Quraisy. Walaupun ditentang oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Jahal dan Abu Lahab, namun usaha dakwah baginda tetap diteruskan dan dibantu oleh beberapa sahabat baginda.

Perjuangan yang pada mulanya dianggap menghina agama sebelumnya namun, dengan pertolongan Allah mengatasi segala-galanya sehingga menjadikan agama Islam terus mekar dan subur hingga ke hari ini.

Buku istimewa Ensiklopedia Sejarah Muhammad terbitan PTS Islamika ini merangkumi sejarah awal baginda Rasulullah. Buku yang menceritakan secara terperinci kisah Rasulullah ini diterbitkan dalam tiga jilid berpandukan sumber-sumber yang benar.

Promosi diskaun yang ditawarkan bagi edisi lengkap ini sehingga 30-40% boleh didapati secara online dan boleh didapati secara terus di pameran buku Bookcafe PTS.


Penulis buku ini, Moenawar Chalil dari Indonesia menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad bin Abdullah.

1 comments:

Web Sutera said...

Sdr. Abang Sayang, terima kasih atas info menarik, insya-Allah.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger