Lonjatan naluri anak peneroka: Durian runtuh kepala hanguk!

Pengumuman yang dibuat PM Najib bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran BN membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.

RM15 ribu untuk membayar segala risiko? Inilah gula-gula pembawa penyakit dan bencana yang dijanjikan untuk peneroka supaya mereka tandatangan borang itu. Di atas segalanya, borang menanggung kerugian hanya di pihak peneroka sahaja pun ada. Itukah harga RM15 ribu? Maha terang bahawa ketidakadilan membarah dalam perut pemerintah UMNO-BN!


Tiada apa makna dari sisi nilai duit dan usaha yang dapat disamakan dengan 'durian runtuh yang tidak pernah diimpikan oleh peneroka FELDA'. Ibarat melekat di celah gigi sahaja. Walhal aruah ayahanda dan bonda saya bertungkus lumus lebih 30 tahun mengusahakan ladang kelapa sawit.

Adakah keringat, air mata dan darah hanya dibayar RM15 ribu sahaja? Itu bukan harta PM Najib mahupun FELDA. Ia adalah harta rakyat marhein.

Penubuhan FELDA okey dan amat bermakna bagi semua peneroka. Namun pentadbiran PM Najib bertindak rakus!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger