Beta bukan tuhan, Dia berada di sana - Alexander

Salah satu sub-plot dalam novel / fiksyen sejarah berjudul Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain.

Perjalanan mengambil masa tiga minggu sebelum tiba di tepian sungai Nil
yang menghijau indah. Suasana nyaman dan sejuk di Memphis menjadi lokasi istirehat yang sangat bersesuaian setelah mengharungi pengembaraan di padang pasir saujana mata memandang. Mereka mendirikan perkemahan di situ.

Pada suatu malam yang hening ketika Alexander sedang berehat sambil membaca, Ptolemy memasuki khemah diraja.

“Apa yang terjadi sebenarnya di dalam kuil Ammon, Tuanku? Adakah Tuanku mengaku sebagai tuhan?” soal Ptolemy kerana tidak mengetahui perkara sebenar apa terjadi di kuil Ammon.

Alexander mengeluh. Baginda memandang tepat ke anak mata Ptolemy. Sahabat itu sedikit kaget. Bimbang.

“Sekiranya bukan kamu yang sedang berhadapan dengan beta saat ini, beta percaya soalan ini datangnya daripada si hitam Cleitus. Hulurkan kepada beta pedang kamu,” kata Alexander.

Ptolemy melihat Alexander dengan perasan terkejut. Dia tidak berani mengeluarkan sebarang kata-kata susulan dan segera mengeluarkan pedang daripada sarungnya. Alexander mengambil huluran pedang daripada Ptolemy dan menghiris sedikit kulit di lengannya. Darah merah mengalir.

“Apakah ini, Ptolemy? Ini darah, bukan?” soal Alexander.

“Memang benar, Tuanku,” jawab Ptolemy.

“Justeru itu, wahai sahabat beta, cubalah memahami beta sebaiknya. Sekiranya kamu benar-benar menyanyangi beta, maka hentikan setakat ini sahaja tuduhan tidak berasas ini. Beta bukan tuhan, hanyalah manusia biasa sahaja. Tuhan berada di sana,” kata Alexander dan berakhir dengan menunjuk ke arah langit malam.

Foto: Perasmian Pesta Buku Selangor 2012 oleh Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, MB Selangor di SACC, Shah Alam pada 30 Jun 2012. Beliau rupa-rupanya kalau bercakap fasal buku, celotehnya menjadi panjang. Syabas, Tan Sri! Saya suka.

Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan boleh mendapatkan novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain di gerai Galeri Ilmu dengan diskaun 15%, insya-Allah. Pesta buku ini sedang berlansung bermula 29 Jun lalu dan akan berakhir pada 9 Julai 2012.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger