Konsert BERSIH 2.0: Salina menggegar!


Menjelang konsert BERSIH Karnival 8T yang akan diadakan petang esok (13 Okt), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang begitu sinonim dengan pergerakan BERSIH menjemput hadir semua rakyat tidak kira apa jua latarbelakang. SAMM merupakan sebuah gerakan anak muda yang bingkas menuntut pilihanraya bersih dan adil sedari awal dan turut berjuang bersama NGO BERSIH terutamanya ketika menjadi tunjang utama demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. 

Konsert BERSIH 2.0 akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya (Stadium MBPJ) pada 13 Oktober 2012. Menurut SAMM, pengunjung berpeluang mendapatkan DVD Merdeka Rakyat bersama pakej yang menarik.

DVD BERSIH Merdeka Rakyat telah dilancarkan oleh SAMM pada siri awal Jelajah Merdeka Rakyat di mana dokumentari 59 minit ini ditayangkan satu jam sebelum setiap siri Merdeka Rakyat bermula.

Dokumentari BERSIH Merdeka Rakyat juga memberi tekanan besar kepada KDN apabila memberikan gambaran sebenar apakah sebenarnya berlaku pada 28 April lalu. Dokumentari ini juga mengimbau kembali bagaimana sejarah himpunan BERSIH bermula dengan segmen BERSIH 1 dan 2 dan mengapa himpunan BERSIH berlaku.

SAMM juga melalui DVD BERSIH Merdeka Rakyat ini menjelaskan bahawa kononnya peserta BERSIH menyebabkan kenderaan polis terbalik adalah suntingan tidak adil yang disiarkan dalam Buletin TV3. Malah SAMM membuktikan provokasi sebenar yang berlaku dan apakah punca kenderaan polis diterbalikkan.

Hayati 8 tuntutan BERSIH yang masih belum dilaksanakan secara konstruktif sambil menyokong sebuah pilihanraya yang bersih dan adil pada PRU-13.

** Sebahagian siaran akhbar dari Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda SAMM.

Jangan lupa juga dapatkan novel Salina edisi terkini oleh pejuang kita, Sasterawan Negara Pak Samad. Lihat poster.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger